PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Monday, June 27, 2016

Pelancaran minggu VLE Frog SKk

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pelancaran minggu VLE Frog SKK telah dijalankan mengikut ketetapan berikut.
                   Tarikh  : 7 Mac 2016
                   Masa     : 8.00 pagi
           Tempat : Tapak perhimpunan















Monday, May 23, 2016

GOTONG ROYONG PERDANA 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Gotong Royong Perdana telah diadakan panda 6 Mac 2016 bertempat di SK Kerubong. Gotong royong ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Program ini adalah salah satu program bersama PIBG di bawah sarana. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang aktiviti gotong-royong tersebut.














Monday, April 18, 2016

KURSUS PEMIMPIN MUDA 2016

       Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari Sabtu, 20 Februari 2016, kursus pemimpin-pemimpin muda telah dijalankan. Kursus tersebut melibatkan Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Kursus tersebut bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Sesi pendaftaran murid-murid bermula pada pukul 7.30 pagi.



Di antara aktiviti- aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus tersebut.









Selepas aktiviti luar dijalankan,murid-murid berkumpul semula di kantin sekolah. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada penceramah iaitu En Mohd Zamre bin Khamis dari SK Bertam Hulu di atas ceramah yang begitu menghiburkan.


Penyampaian sijil kepada para peserta kursus juga telah disempurnakan oleh Pn. Salbiah bt Said (GPK HEM SK Kerubong).






Monday, February 22, 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK KERUBONG 2016

Assalamualaikum dan salam sukan.

SK Kerubong telah berjaya mengadakan kejohanan merentas desa pada 26 Januari 2016.Acara tersebut sepatutnye bermula pada pukul 8.00 pagi tetapi terpaksa ditunda ke pukul 9.30 pagi kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.Acara tersebut dimulakan dengan senamrobik yg diketuai oleh Encik Sharulnizam bin Shahlan.
 




Di antara pegawai-pegawai yang menjaga check point dan penunjuk arah.




Murid-murid dilepaskan pada pukul 9.40 pagi.Di antara gambar- gambar yg sempat dirakamkan oleh lensa kamera.







                   


Murid-murid disediakan air minuman mengikut Rumah sukan masing-masing selepas kejohanan tersebut.

                  

                  



Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Kerubong, En. Bahari bin Abu Mansor. Tahniah diucapkan kepada Rumah Syahbandar kerana menjadi Johan Kejohanan Merentas Desa 2016.
                     1.Rumah Syahbandar
                     2.Rumah Laksamana
                     3.Rumah Temenggong
                     4.Rumah Bendahara

Tahniah juga diucapkan kepada semua guru SKK kerana berjaya mengadakan Kejohanan Merentas Desa pada kali ini.