PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

SEJARAH SKK

  • Lokasi Sekolah
    Sekolah Kebangsaan Kerubong terletak 16 Kilometer dari Bandar Melaka.
    Luas kawasannya ialah 1.804 ekar.

  • Sejarah Awalnya
    Sekolah ini dikenali Sebagai Sekolah Melayu Kerubong.Bangunan yang mula-mula dibina ialah bangunan kayu yang didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung. Dindingnya setengah papan dan setengah kawat jaring dan tiangnya daripada kayu bulat.

    Pada tahun 1937, sebuah bangunan separuh kekal telah dibina dimana dindingnya daripada kayu, tiangnya batu dan beratap genting. Ia mempunyai enam bilik darjah. Bangunan ini telah dirobohkan pada 1998 kerana telah terlalu usang. Ketika itu hanya terdapat enam orang guru dan 76 orang murid. Murid-murid terdiri daripada kaum Melayu dan India yang datang dari 5 buah kampung yang berhampiran.

    Guru Besar yang pertama berkhidmat di sekolah ini ialah Encik Husin bin Muslim. (1938-1952) manakala Pengerusi PIBGnya ialah Encik Abu bin Chik.
Perkembangan Sekolah
A-Bangunan
Pada tahun 1971 telah dibina satu bangunan kekal satu tingkat yang mengandungi 4 bilik darjah, sebuah pejabat pentadbiran, sebuah bilik Guru Besar, sebuah bilik Guru Penolong Kanan, dua tandas guru dan dua tandas murid. Pada tahun 1994, sebuah bangunan setingkat dibina dengan dua buah darjah, dua buah bilik kecil dan sebuah bilik kemahiran hidup. Bangunan kilat telah dibina pada 1998 dengan 3 buah bilik darjah. Manakala bangunan asal sekolah ini telah dirobohkan kerana terlalu usang dan dibina semula pada tahun 1998. Bangunan ini siap pada tahun 2000. Bangunan setingkat ini mengandungi enam buah bilik darjah, dua buah tandas guru dan dua buah tandas murid.


B-Kantin
Sekolah ini mempunyai sebuah kantin yang mengandungi satu bilik dapur,ruang makan guru dan ruang makan untuk murid






C-Blok Bangunan Baru
Blok bangunan baru telah siap dan mula digunakan pada tahun 2010.
Bangunan blok baru menempatkan bilik darjah di tingkat tiga, pejabat guru di tingkat dua, makmal sains dan bilik Kemahiran Hidup di aras bawah.

D-Padang
Padang sekolah baru yang berada di sebelah bangunan sekolah mengandungi sebuah padang bola baling dan digunakan untuk Pendidikan Jasmani dan juga permainan.