PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Wednesday, September 21, 2022

Majlis Penutup Bulan Ceria Merdeka SK Kerubong 2022/2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkara: Majlis Penutup Bulan Ceria Merdeka SK Kerubong 2022/2023
Tarikh : 15 September 2022
Tempat: Dataran Iltizam, SK Kerubong
Turut hadir: En Ramli bin Mat Sit, YDP PIBG SK Kerubong & En Othaman bin Ali, NYDP PIBG SK Kerubong.
Syukur alhamdulillah.
Puan Azlinah binti Haji Yang @ Hj Abu Sop (UMMI), Guru Besar SK Kerubong, Barisan Pentadbir, YDP PIBG, AJK PIBG dan warga SK Kerubong mengucapkan tahniah & syabas kepada semua yang terlibat menjayakan Majlis penutup PBCM SK Kerubong pada tahun ini terutama sekali kepada Cikgu Marina bt Ramle selaku penyelaras program serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Diharapkan semua murid SK Kerubong mendapat manfaat daripada program yang telah dijalankan.
Berikut adalah buku program dan video montaj bagi majlis tersebut.
Sekian, terima kasih.

Majlis Sambutan Ambang Merdeka SK Kerubong 2022/2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkara: Majlis Sambutan Ambang Merdeka SK Kerubong 2022/2023
Tarikh : 29 Ogos 2022
Tempat: Dataran Iltizam, SK Kerubong
Perasmi: En Ramli bin Mat Sit, YDP PIBG SK Kerubong
Syukur alhamdulillah.
Puan Azlinah binti Haji Yang @ Hj Abu Sop (UMMI), Guru Besar SK Kerubong, Barisan Pentadbir, YDP PIBG, AJK PIBG dan warga SK Kerubong mengucapkan tahniah & syabas kepada semua yang terlibat menjayakan Majlis Sambutan Ambang Merdeka SK Kerubong pada tahun ini.
Diharapkan semua murid SK Kerubong dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenar serta menanam sifat patriotisme yang mendalam dalam diri masing-masing.
Berikut adalah buku program bagi majlis tersebut.
Sekian, terima kasih.

Program Kempen Antibuli

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkara: Program Kempen Antibuli
Tarikh : 10 Ogos 2022
Tempat: Dataran Iltizam, SK Kerubong
Penceramah: DSP Nor Azlinda Binti Hj Nordin (Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti)
Syukur alhamdulillah.
Puan Azlinah binti Haji Yang @ Hj Abu Sop (UMMI), Guru Besar SK Kerubong, Barisan Pentadbir, YDP PIBG, AJK PIBG dan warga SK Kerubong mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program Kempen Antibuli kali ini.
Program Kempen Antibuli anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Unit Disiplin SKK - "Buli, U pergi jauh-jauh" yang melibatkan semua murid SKK dan memberi banyak info serta ingatan kepada murid agar menjauhi gejala buli yang tidak sihat serta menanamkan sikap bantu membantu antara satu sama lain.
Sekian, terima kasih.