PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Friday, March 15, 2019

HARI TERAKHIR PN KAMSINAH DI SK KERUBONG

15/3/2019
Jumaat


Terima kasih Pn Kamsinah, telah menjalankan tugas dengan baik sebagai Ketua Panatia Bahasa Melayu. Beliau telah bertugas mulai tahun 2010 hingga kini.

Tahniah dari warga SKK atas perlantikan Pn Kamsinah sebagai GPK Kokurikulum di SK Lesong Batu,Alor Gajah.

Jasa dan budi yang ditaburkan di sini akan dikenang selamanya.



























CARA-CARA MEMBASUH TANGAN YANG BETUL DAN PENGGUNAAN SANITIZER DI SK KERUBONG

14/3/2019
Khamis
Tapak perhimpunan


Prevensi HMFD

Satu perjumpaan ringkas diadakan pada pagi ini untuk memberikan pendedahan membasuh tangan dengan betul menggunakan sabun. Murid juga didedahkan kepentingan sanitizer.

Tn Haji Basharul Hafi B Azutdin selaku GPK HEM SK Kerubong telah memberikan taklimat ringkas tersebut.

Semua guru dan murid membuat cara-cara membasuh tangan dengan sabun yang betul. Beliau juga telah menyuruh murid memeriksa dalam mulut, tangan dan kaki.

Beberapa orang guru telah membantu menitikkan sanitizer ke atas tangan murid-murid.

Murid dinasihatkan agar segera melaporkan kepada guru sekiranya terdapat simptom-simptom seperti penyakit HMFD.






















Monday, March 11, 2019

PELANCARAN MINGGU MATEMATIK SK KERUBONG 2019

11/3/2019
Isnin
Tapak perhimpunan


Tahniah kepada Panatia Matematik atas pelancaran Minggu Matematik bagi tahun 2019.



Antara aktiviti yang dijalankan:-
1. Kuiz Matematik (bertulis)
2. Sifir pagi
3. Binaan 3D
4. Mewarna tahap 1
5. Congak Matematik
6. Melukis poster 7.Formula Matematik



Pelancaran Minggu Matematik

Ucapan Ketua Panatia
Pn Rohayah Bt Dahalal



Ucapan perasmian oleh GPK Pentadbiran
Pn Maharia Bt Baharuddin



Gimik Pelancaran




Tahniah kepada semua.