PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Friday, August 29, 2014

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2014

DISINI LAHIRNYA 💖CINTA..
29082014

 ðŸ’–Panitia Kajian Tempatan dan Sivik telah merancang program ini dengan jayanya.

Semua murid dan guru bersama-sama meraikan Sambutan Ambang Kemerdekaan 2014.

Tema pilihan 2014 ialah zaman sebelum mellinium atau era 50an.

Tahniah diucapkan kepada semua warga SK KERUBONG...

Laungan merdeka..








Guru berpakaian era 50an..




Murid-murid bergaya..


Selain itu; sempena merdeka, pihak panitia 



telah mengadakan pertandingan basikal kemerdekaan...

Perarakan merdeka dengan basikal..



Pertandingan nyanyian solo dan berkumpulan








Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dan TAHNIAH...💖




Tuesday, August 26, 2014

'KEM BAHASA INGGERIS & BIJAK IT' SEMPENA PROGRAM JELAJAH HIDUP LEBIH MUDAH TM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. .

Syukur alhamdulillah kerana SK Kerubong telah terpilih oleh pihak TM sebagai salah satu lokasi bagi mereka menjalankan aktiviti-aktiviti Bahasa Inggeris dan pendedahan mengenai dunia IT.

Program ini telah berlangsung pada 24 ogos 2014 bermula jam 9.00 pagi dan murid dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang yang disertai oleh lebih kurang 200 orang murid dari tahun 4, 5 dan 6.

Cikgu Rossa seorang pensyarah dari KLMU telah menjadi English Instructor sepanjang program ini berlangsung.

TEACHER ROSSA

Aktiviti seperti berlakon dan berdialog dalam Bahasa Inggeris dijalankan.
Beberapa orang murid juga menyanyikan lagu dalam Bahasa Inggeris.

Amirah..

Arfan ..

Acara kemuncak program ini adalah kehadiran artis tempatan iaitu Ani Mayuni. Beliau telah membantu murid-murid membuat lakonan dan telah menyampaikan 2 buah lagu. Ani Mayuni juga telah menyampaikan sijil dan hadiah disamping pegawai-pegawai TM.

Ani Mayuni; artis jemputan
Pn Sabarina dan Pn Azuasfar menemani murid sesi pagi.


SUMBANGAN DARI TM

Murid-murid SK Kerubong

TERIMA KASIH ...TM...






LAWATAN SEKOLAH CEMERLANG MURID LELAKI UPSR 2014

Lawatan kecemerlangan murid lelaki tahun 6 Seroja & 6 Kenanga telah diadakan pada ketetapan berikut :

  Tarikh   : 26 Ogos 2014
  Hari      : Selasa
  Tempat : SMK Tinggi Melaka






 Penyampaian cenderahati kepada penceramah



Program ini telah dijalankan bersama-sama dengan murid-murid SK St Francis dan SK Sacred Heart. Sesi motivasi pelajar cemerlang telah disampaikan oleh Pn. Salbiah Bt Kamarudin, Guru Bimbingan dan kaunseling SMK Tinggi Melaka. Semoga program ini dapat memberi input yang berguna dan menjadikan murid-murid lelaki SKK bertambah cemerlang.


Friday, August 22, 2014

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6

Tarikh : 22 Ogos 2014

Assalamualaikum. .

Alhamdulillah. . SK Kerubong telah terpilih untuk menerima kunjungan dari pihak Encik Kamaruddin B Azmi wakil dari Advance Fitrah Motivation and Consultation
Dan Encik Mohd Firdaus B Syukran , Penolong Pengarah JAIM Bahagian Penguatkuasaan.

Kehadiran kedua insan ini adalah meningkatkan semangat dan motivasi murid-murid tahun 6 SK Kerubong dalam menghadapi peperiksaan yang hampir menjelang.

Semoga semangat dan kata-kata yang dilafazkan oleh murid-murid ini akan menjadi kenyataan.


Menyuntik semangat kejayaan oleh
En.Mohd Firdaus B Syukran








Doa oleh Encik Kamaruddin B Azmi

Menitis jua..akhirnya...

Para tetamu bersama GB SK Kerubong,
Encik Bahari B Abu Mansor


SOLAT HAJAT PERDANA SK KERUBONG 2014

Tarikh: 21 Ogos 2014

Assalamualaikum. ..
SK Kerubong telah mengadakan  Program Solat Hajat Perdana bagi murid-murid khususnya Tahun 6 serta ibubapa.

Program ini diadakan di Masjid Kerubong. Para ibubapa, murid serta guru-guru berkumpul di surau mulai waktu maghrib.











ALHAMDULILLAH....
Program ini telah berjaya dilaksankan dengan jayanya.

Ucapan terima kasih iucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan program ini.