PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Thursday, October 16, 2014

HARI KANTIN SKK

Tarikh: 16 Oktober 2014

TAHNIAH diucapkan kepada GPK KOKU, En Roslan b Abu Bakar
Penyelaras Hari Kantin, Pn Marina Ramlee,
Setiausaha Hari Kantin, Pn Wan Nor Dalila
Ketua - ketua kumpulan
dan
semua guru-guru yang telah menjalankan Hari Kantin SKK dengan baik.
















Petikan suara ketakutan.....rumah hannntttuuuu👻👻👻


Pelbagai gerai makanan dan minuman telah dibuka sepanjang masa jualan.

Beberapa Booth pameran dari syarikat TM, Polis dan lain-lain.

Murid-murid sangat teruja untuk memasuki rumah hantu dan panggung wayang.Mereka juga beratur panjang untuk mencuba permainan realiti dan menangkap ikan.

TAHNIAH kepada semua guru dalam menjayakan program ini.

Thursday, October 02, 2014

LATIHAN KEBAKARAN

Tarikh: 02 Oktober 2014

Jawatankuasa Kebakaran SK Kerubong telah melaksanakan latihan kebakaran kali ke2 untuk tahun 2014.

Pn Salbiah mengucapkan tahniah kepada semua warga SKK diatas kejayaan berkumpul dibawah 3 minit.

Beberapa peringatan penambahbaikan juga diberi semasa latihan ini.

Tahniah diucapkan kepada semua warga SKK.








021014
09:30


Wednesday, October 01, 2014

ithink @SKK

Date: 1st October 2014

CONGRATULATION to our ithink members.  We were completed our in house tranning for ithink.

What is ithink?..

https://www.ithinkonline.org.my


Program i-THINK merupakan projek bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). Pelancaran program rintis i-THINK telah pun dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 13 Mac 2012 di bangunan Parlimen dan 10 buah sekolah telah terpilih dalam projek rintis i-THINK. Program i-THINK akan diperluaskan ke 500 buah sekolah di Malaysia pada tahun 2013 dan semua sekolah pada tahun 2014.

10 buah sekolah rintis di Malaysia: 1. SK. Kiaramas - WP Kuala Lumpur 2. SK. Paya Pulai - Pahang 3. SK. Pusat Bukit Besar - Terengganu 4. SK. Tan Sri Datuk Hj. Mohamad - Sarawak 5. SJKT Port Dickson - Negeri Sembilan 6. SJKC Wen Hua, Batu Berendam - Melaka 7. SMK. Tun Hussien Onn - Pulau Pinang 8. SMK. Convent Muar - Johor 9. SMK Gaal - Kelantan 10. SMK. Kota Merudu – Sabah

Melalui Program i-THINK, 8 PETA PEMIKIRAN yang diperkenalkan dengan tujuan dan objektif yang berbeza di samping proses pemikiran masing-masing dapat diaplikasikan dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran di dalam kelas mengikut topik yang bersesuaian dengan Peta Pemikiran yang dipilih.

Our in house tranning was done by Pn Izalina. We have learnt many things.




Assalamualaikum dan Salam 1 Sukan.....

TARIKH :24 September 2014

http://web.moe.gov.my/bsukan/v2/latar-belakang-matlamat.html

SK Kerubong telah melaksanakan Program 1M1S dan merealisasikan rencana 1M1S ini.

Program ini telah dijalankan dengan aktiviti-aktiviti yang berikut:-

1)Senamrobik
2)Bengkel pemakanan
3)Permainan ubahsuai dan serangan ( ragbi)

TAHNIAH diucapkan kepada En Zairul Iqram dan En Syamizan.








FESTIVAL KALAM JAMAI'E 2014

اسلامواليكم

SK Kerubong telah menghantar pasukan kalam jamai'e sekolah ke
Festival Kalam Jamai'e tahun 2014 peringkat saringan negeri melaka.

Acara ini telah adakan pada 23 September (Selasa) di auditorium Masjid Al-Azim Melaka.

Sebanyak 47 buah sekolah telah menyertainya.

Tahniah diucapkan kepada guru-guru Panitia Pendidikan Islam terutamanya Pn Nor Fatimah Abdul Rahman, Cik Norafizah Yusof dan guru-guru yang lain.





RIMUP @SJK (C) PAY FONG 1 (MTSR8)

Tarikh: 27 September 2014

Assalamualaikum. ..

Program RIMUP adalah gabungan 3 buah sekolah iaitu
1. SKJC PAY FONG1
2. SK KERUBONG
3. SK GANGSA

Penyertaan seramai 40 orang murid dari setiap sekolah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan

1.Khidmat Masyarakat
* Menanam pokok
* Rukunegara

2. Permainan Tradisional
* Chap Tey
* Ting ting
* Yoyo Cina

3. Makanan Integrasi
* Menggoreng karipap
* Menggoreng roti canai
* Mengguli Tong Yuen

4. Budaya
* Kaligrafi
* Kolum

Program ini telah dirasmikan oleh YB Lim Bang Hong
dan dijalankan dari jam 8-5 petang.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU PENGIRING


Petang

1. Pn Nor Atikhah Bt Ali
2. En.Mohd Syamizan B Salleh
3. Pn.Masni bt Abdul Ghalim
4. Pn.Kamsinah Bt Omar
5. En. Aizan Anuar b Saminan

Pagi

1. En.Shahrulnizam b Shahlan
2. Pn Murni bt Abdul Ghani
3. Pn.Norfaezah bt Jamil
4. Pn. Umi Kalsom bt Ramli
5. Pn Hartini Bt Mohamad