PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Saturday, December 30, 2017

ORIENTASI TAHUN 1, PRA SESI 2018 DAN PENDAFTARAN TAHUN 2-6 2018

Assalamualaikum
Good evening
30122017



Program Orientasi murid PRA, murid  tahun 1 tahun 2018 dan pendaftaran murid 2-6 telah diadakan pada :-

30 Disember 2018
8pagi - 12 tengahari
Di SK Kerubong


Ramai ibubapa hadir dipagi hari untuk mendaftar anak-anak mereka.

Beberapa taklimat ringkas diberikan kepada ibubapa sementara murid tahun 1 masuk kekelas masing-masing.  Murid-murid ini membuat aktiviti pengenalan kelas dan membuat aktiviti seni.

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan ibubapa kerana berjaya menjalankan tanggungjawab masing-masing.

LENSA KAMERA








#tcamy/30122017/4.56pm

Friday, December 29, 2017

Program Ziarah Pesakit Kanser oleh YDP serta AJK PIBG

Assalamualaikum
Good evening
29122017


Wakil Guru Besar SK Kerubong, GPK HEM, Pn. Maharia  Bt Baharuddin bersama-sama dengan YDP PIBG,En Ramli B Mat Sit telah melawat salah seorang bapa kepada murid di sekolah ini.

En. Kamarudin Ramli, 36, yang menghidap kanser hati tahap empat adalah ayah kepada tiga orang anak.
Mohd Ikmal Daniel, 12, Nurul Syafiqah, 11, dan Mohd Ikhwan Hakimi, 6.

 Program Ziarah Pesakit Kanser (Bapa Kepada Murid SK Kerubong) oleh YDP serta AJK PIBG SK Kerubong ini diadakan untuk membantu beliau menampung perbelanjaan beliau serta keluarganya.



LENSA KAMERA

YDP PIBG SK KERUBONG

GPK HEM
PN MAHARIA



#tcAmy/6.40pm/29122017


Thursday, December 28, 2017

MESYUARAT PANATIA TERAS DAN PANATIA ELEKTIF BIL1/2018

Assalamualaikum
Good morning
28122017

Semua guru-guru subjek teras dan bukan teras telah mengadakan Mesyuarat Pertama Panatia Bil. 1/2018.

Semua guru membincangkan agenda setiap panatia dan aktiviti untuk tahun 2018

Lensa Kamera

MATEMATIK

BAHASA INGGERIS
SAINS

BAHASA MELAYU




PJK

SEJARAH

TMK

PAIBA

Wednesday, December 27, 2017

MESYUARAT HEM DAN KOKURIKULUM BIL 1/2018

Assalamualaikum
Good morning
27122017


Mesyuarat HEM telah diadakan dari jam 8 pagi.

Antara makluman adalah seperti berikut:-
1. Penyerahan Buku Rekod Kedatangan Murid kepada setiap guru kelas.
2. Pembentangan nama guru bagi setiap unit.
3. GPK HEM membentangkan tugas-tugas bagi setiap unit HEM.



GPK HEM, PN MAHARIA



PROGRAM ORIENTASI TAHUN SATU 2018

Pn Rozilah Bt Hashim memberikan penjelasan mengenai program transisi tahun satu 2018








************************************

Mesyuarat Kokurikulum pula diadakan pada jam 10.30 pagi.
Antara agenda yang di jalankan ialah seperti berikut:-

1. Penjelasan setiap unit kokurikulum.
2. Penyenaraian aktiviti yang telah ditetapkan mengikut takwim.
3. Penyerahan buku pelaporan setiap unit kokurikulum.


GPK KOKURIKULUM
TN HJ SAHARIL





LENSA KAMERA





Tuesday, December 26, 2017

HARI KEUSAHAWANAN SKK 2017

Sekolah Kebangsaan Kerubong telah menganjurkan Hari Keusahawanan mengikut ketetapan berikut
    Tarikh  : 12 Oktober 2017
    Masa     : 10.30 pagi hingga 4.00 petang
    Tempat : Dataran SKK

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut. Guru-guru juga menjual burger, nasi lemak, keropok, nasi goreng, maggi goreng, buah-buahan potong, pelbagai jenis air dan lain-lain. Aktiviti meneka bilangan guli dan cabutan bertuah juga diadakan.














Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam memupuk sikap keusahawanan di kalangan murid dan guru.

MESYUARAT GURU BIL1/2018 DAN MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/2018

Assalamualaikum

SK Kerubong telah mulakan sesi persekolahan 2018 dengan Mesyuarat Guru dan Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2018 seperti di bawah:

Tarikh : 26 Disember 2017
Masa : 8 pagi dan 10.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat

1. Takwim telah diedarkan.
2. Perbincangan mengenai susunan perancangan setiap unit pentadbiran,HEM dan Kokurikulum.
3. Pembentangan senarai jawatan dan bertugas 2018



Semangat dan doa menjadi iringan sesi persekolahan 2018.


LENSA
Guru Besar,En Bahari B Abu Mansor