PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Tuesday, January 29, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN


    Pada 28 Januari 2013, bertempat di Kantin SK Kerubong, telah diadakan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan. Majlis penyampaian bantuan awal persekolahan (RM100) peringkat SK Kerubong telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tangga Batu, YB.  Dato' Wira Ir Haji Idris Bin Haron dan turut dihadiri oleh wakil JPN Melaka, Pn Tan Swee Hong. Majlis bermula pada jam 12.00 Tengahari.






Monday, January 28, 2013

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan Sk Kerubong bagi tahun 2012 telah berlangsung pada:

        Hari     : Khamis
       Tarikh   : 8 November 2012
       Tempat :  Dewan Sk Kerubong
       Perasmi : En. Asmadi Bin Wahid, Pengarah Eksekutif Jati Beringin Sdn. Bhd.


        Majlis itu bermula seawal 8.00 pagi dengan kehadiran para tetamu jemputan dan pergerakan masuk murid-murid ke dalam dewan. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akedamik dan kokurikulum. Penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang dalam bidang akademik dan sukan. 

          Beberapa persembahan oleh murid turut dipersembahkan kepada para tetamu. Antara persembahan yang menarik adalah persembahan nasyid di bawah bimbingan Ustaz Rohezam Mokhtar, tarian murid prasekolah dibawah bimbingan Cik Azlinda Bt Rahmat dan tarian murid tahun satu yang berkonsep ‘Bollywood’ dibawah bimbingan Pn Suhaili Bt Kassim. Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.Acara kemuncak ialah upacara penyampaian hadiah kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang aktif dan cemerlang dalam bidang kokurikulum turut menerima hadiah. Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali dengan menggunakan format baru pengacaraan pada tahun ini yang mana tiga orang pengacara digunakan. Juruacara pada tahun ini adalah En. Mohd. Hisham Bin Salleh yang menggunakan Bahasa melayu, Pn. Jamilah Bt Mohamad menggunakan Bahasa Inggeris dan Pn. Nor Faizah Bt Sarani yang menggunakan Bahasa Arab. Para tetamu jemputan dijemput menikmati juadah sejurus majlis ini berakhir. Diharapkan agar majlis seperti ini menjadi pendorong pada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.