PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Sunday, December 19, 2021

PENEMPATAN MANGSA BANJIR DI PUSAT PEMINDAHAN SK KERUBONG

18 Disember 2021
Sabtu


Assalamualaikum

Penduduk sekitar SK Kerubong terutamanya Padang Siapong, Kg Banjir, Sg Badau, Kg. Kerubong, Tanah Merah mengalami banjir disebabkan hujan yang berterusan.

SK Kerubong telah dibuka sebagai Pusat Pemindahan Mangsa Banjir kawasan sekitarnya.

Guru Besar, Puan Azlinah dan GPK Pentadbiran, Puan Rosnani telah datang untuk membantu pengurusan sekolah dengan segera.
Jabatan-jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan telah memulakan pendaftaran dan memberikan bantuan awal.


Semoga semua urusan mangsa banjir dipermudahkan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih juga kepada penyumbang-penyumbang kepada mangsa banjir.










Saturday, December 18, 2021

SELAMAT DATANG KEPADA PUAN GURU BESAR, PUAN AZLINAH BINTI HJ YANG @ ABU SOP

Assalamualaikum
1 Disember 2021
Rabu







Selamat Datang warga SK Kerubong ucapkan kepada Pn Guru Besar, PN. AZLINAH BINTI HJ YANG @ ABU SOP.  Beliau bertukar dari sekolah SK Kg Tun Razak.


Kami mengalu-alukan kehadiran Pn Guru Besar. Semoga warga SKK akan sentiasa dirahmati dibawah pentadbiran Puan.


Warga SKK juga merakamkan jutaan terima kasih kepad En Hazman bin Dolah, selaku guru besar SK Kerubong yang akan bertukar ke SK SG udang. Terima kasih atas segalanya. Semoga cemerlang lagi hendaknya disana.