PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Saturday, September 28, 2013

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SK KERUBONG 2013

Perkhemahan Badan Beruniform SK Kerubong 2013 telah berjaya dijalankan pada ketetapan berikut:

TARIKH  :  27, 28 & 29 SEPTEMBER 2013
TEMPAT :  SK KERUBONG
BILANGAN MURID TERLIBAT :

  •  PENGAKAP      - 24 ORANG
  •  TKRS                 - 24 ORANG
  •  PBSM                 - 25 ORANG
  •  PUTERI ISLAM  - 25 ORANG

















MAJLIS PERPISAHAN USTAZ SAIFULHIZAT BIN ABD. RAHMAN

  Pada 27 September 2013 merupakan hari terakhir Ustaz Saifulhizat Bin Abd. Rahman berada di SK Kerubong. Pada hari ini juga satu majlis ringkas majlis perpisahan beliau telah diadakan dan beliau akan mula bertugas di SK Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak bermula pada 1 Oktober 2013. Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin yang diketuai oleh beliau sendiri.


 Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ustaz Aizan sebagai Ketua Panitia Adama Islam, En. Abdul Aziz wakil pentadbir dan akhirnya ucapan oleh Ustaz Saifulhizat sendiri.


Seterusnya sesi penyerahan cenderahati oleh Panitia Pendidikan Islam yang telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En. Bahari Bin Abu Mansor.


Majlis jamuan sempena perpisahan beliau telah dijalankan di kantin sekolah sebelum waktu balik.




Semoga beliau dapat meneruskan khidmat bakti ditempat yang baru dengan lebih baik lagi dan kami warga SKK mengucapkan selamat maju jaya.





Saturday, September 07, 2013

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR PN. HJH. ROHANI BT SULONG

      Pada 30 Ogos 2013 yang lalu, telah diadakan satu majlis ringkas perpisahan bersempena dengan pertukaran Guru Besar, Pn. Hjh. Rohani Binti Sulong ke SK Tehel, Melaka. 

     Pn. Hjh Rohani telah mula berkhidmat di SK Kerubong sebagai Guru Besar pada tahun 2010 dan akan mula berkhidmat di SK Tehel berkuatkuasa 1 September 2013. Beliau adalah seorang guru yang sangat peramah dan penyayang  kepada semua warga sekolah. Tentunya perpindahan beliau ini akan memberi kehilangan yang besar kepada seluruh warga sekolah lebih-lebih lagi menjelang peperiksaan UPSR tak lama lagi. Terima kasih atas jasa dan keringat yang telah dicurahkan. Semoga Pn. Hjh Rohani dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT. Terima Kasih Cikgu!