PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Monday, October 21, 2013

PROGRAM KORBAN AIDIL ADHA SK KERUBONG 2013

Panitia Agama Islam telah menganjurkan satu Program Korban sempena Hari Raya Aidil Adha bertempat di SK Kerubong. Sebanyak tiga ekor lembu telah disediakan untuk program tersebut. Program diadakan pada 16 Oktober 2013 bermula jam 2.00 petang itu turut disertai oleh semua warga SK Kerubong, PIBG dan penduduk Kampung Krubong. Ini adalah kali pertama pihak sekolah menganjurkan aktiviti ini dan ianya telah mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini dan diharapkan ianya akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang kerana ianya dapat merapatkan hubungan antara warga sekolah dan penduduk kampung serta memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai ibadat korban dan cara perlaksanaannya.






Wednesday, October 09, 2013

"Roadshow" Zoo Melaka ke SK Kerubong

Sesi kempen kesedaran mengenai haiwan eksotik sempena 'Roadshow' Zoo Melaka telah diadakan di Sk Kerubong pada 9 Oktober 2013 jam 11.00 hingga 1.00 tengahari. Semua murid SK Kerubong telah berkesempatan untuk melihat secara lebih dekat dan 'membelai' haiwan-haiwan yang jarang mereka jumpai seperti ular sawa burma, ular 'jagung', Iguana, naga berjanggut, cicak berlidah biru dan seekor ular sawa albino.








Wednesday, October 02, 2013

GERAK TARI PRASEKOLAH SK KERUBONG 2013

Aktiviti Gerak Tari 1Malaysia telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kerubong iaitu pada 1 Oktober 2013 pada jam 8.10 pagi secara serentak dengan semua sekolah di Malaysia. Aktiviti ini disertai oleh murid-murid Prasekolah bersama-sama dengan guru dan Pembantu Prasekolah. Aktiviti ini telah didokumenkan dalam bentuk gambar dan video bagi tujuan mendapatkan pengikhtirafan daripada Malaysia Book of Records. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Berikut adalah gambar-gambar aktiviti tersebut.