PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Monday, February 17, 2014

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2014

Majlis Pelancaran Program Nilam 2014 Sk Kerubong telah diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh  :  17 Februari 2014
Hari      : Isnin
Masa     : 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKK

Antara aktiviti yang dijalankan semasa majlis pelancaran adalah gimik pelancaran program nilam, penyerahan fail-fail nilam, kuiz tahap 1 dan 2 dan nyanyian lagu nilam. Pelancaran telah disempurnakan oleh Guru Besar Sk Kerubong, En. Bahari Bin Abu Mansor.






Monday, February 10, 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2014

Dua orang murid SK Kerubong telah menyertai Kejohanan Merentas Desa peringkat negeri Melaka yang telah dijalankan pada 8 Februari 2014 di SMK Ade Putra, Masjid Tanah. Seramai 70 orang murid peringkat negeri melaka telah menyertai pertandingan tersebut. Seorang murid SK Kerubong iaitu Arif Haikal Bin Omar telah berjaya mendapat tempat ke 13 manakala seorang lagi wakil iaitu Mohd Afiq bin Abd Rashid mendapat tempat ke 25. Tahniah kepada kedua-dua orang peserta dan juga guru pengiring merangkap jurulatih mereka kerana berjaya membawa nama sekolah ke peringkat negeri melaka.