PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Sunday, December 19, 2021

PENEMPATAN MANGSA BANJIR DI PUSAT PEMINDAHAN SK KERUBONG

18 Disember 2021
Sabtu


Assalamualaikum

Penduduk sekitar SK Kerubong terutamanya Padang Siapong, Kg Banjir, Sg Badau, Kg. Kerubong, Tanah Merah mengalami banjir disebabkan hujan yang berterusan.

SK Kerubong telah dibuka sebagai Pusat Pemindahan Mangsa Banjir kawasan sekitarnya.

Guru Besar, Puan Azlinah dan GPK Pentadbiran, Puan Rosnani telah datang untuk membantu pengurusan sekolah dengan segera.
Jabatan-jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan telah memulakan pendaftaran dan memberikan bantuan awal.


Semoga semua urusan mangsa banjir dipermudahkan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih juga kepada penyumbang-penyumbang kepada mangsa banjir.










Saturday, December 18, 2021

SELAMAT DATANG KEPADA PUAN GURU BESAR, PUAN AZLINAH BINTI HJ YANG @ ABU SOP

Assalamualaikum
1 Disember 2021
Rabu







Selamat Datang warga SK Kerubong ucapkan kepada Pn Guru Besar, PN. AZLINAH BINTI HJ YANG @ ABU SOP.  Beliau bertukar dari sekolah SK Kg Tun Razak.


Kami mengalu-alukan kehadiran Pn Guru Besar. Semoga warga SKK akan sentiasa dirahmati dibawah pentadbiran Puan.


Warga SKK juga merakamkan jutaan terima kasih kepad En Hazman bin Dolah, selaku guru besar SK Kerubong yang akan bertukar ke SK SG udang. Terima kasih atas segalanya. Semoga cemerlang lagi hendaknya disana.

Monday, November 01, 2021

Penataran Libat Urus Pemantapan Kurikulum ( Catch Up Plan ) bil 3/2021


Penataran Libat Urus Pemantapan Kurikulum ( Catch Up Plan )

bil 3/2021


Tarikh : 1/11/2021 ( ISNIN )

Masa : 3.00 petang

Kehadiran : Semua guru SKK



Majlis dipengerusikan oleh Pn Lailatul selaku Setiausaha Kurikulum SK Kerubong.


Penataran CATCH UP PLAN disampaikan oleh Pn Rosnani Ahmad Zakaria selaku GPK Pentadbiran SK Kerubong.


Penataraan

1. ‘Learning Lost’

2. ‘Learning Gap’

3. Unir yang terlibat:- Kurikulum, HEM, Kaunseing, Kokurikulum dan lain-lain.

4. KPM Perkasaku :- Program Pemerkasaan Pelaksaan Kurikulum

5. Ia untuk memperkasakan tahap asas dan tahap pembelajaran mereka.


6. Strategi:- PDPR talian/ luar talian/ off site:- menggunakan 5 kaedah

a. Pendekatan bertema

b. modular

c. Projek

d. Pembelajaran terbeza

e. Simulasi Amali


7. Kukuhkan dalam masa 2 bulan iaitu January dan February 



Keseluruhan penataran ini berfokuskan Kurikulum dan pemantapan pembelajaran yang mampat dan baik.











Wednesday, October 27, 2021

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47

 Assalamualaikum & selamat sejahtera.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47
Tarikh: 24/10/2021
Hari: Ahad
Masa: 9.00 pagi

Julung kali disampaikan melalui alam maya iaitu Google Meet dan Live Streaming. Dipengerusikan oleh En Ramli B Mat Sit, selaku YDP PIBG 2019/2020.

Pelbagai isu dikupas bersama terutamanya mengenai dewan berbumbung, SOP pembukaan sekolah, pembentangan kewangan PIBG dan lain-lain.

Pasukan PIBG baharu telah dilantik sejurus pembubaran seisi 2019/2020. Tahniah kepad YDP En Ramli Mat Sit telah kekal sebagai YDP PIBG sekali lagi.













TAKLIMAT PENGOPERASIAN SEKOLAH BERSAMA IBU BAPA / WARIS SK KERUBONG

 TAKLIMAT PENGOPERASIAN SEKOLAH BERSAMA IBU BAPA / WARIS SK KERUBONG

Tarikh: 27 Oktober 2021
Hari: Rabu
Masa: 8:00-9:00 malam
Medium: Google Meet/Live Streaming


Semua ibu bapa/Penjaga murid SK. Kerubong dijemput untuk turut serta dalam taklimat ini.  

Ibubapa digalakkan bertanya untuk mendapatkan kepastian

Beberapa soalan telah diajukan kepada barisan pentadbir.










Monday, September 27, 2021

MESYUARAT JK INDUK LIBAT URUS PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH BIL. 5/2021

MESYUARAT JK INDUK LIBAT URUS PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH BIL. 5/2021


TARIKH  : 27 SEPTEMBER 2021

HARI       : ISNIN

MASA     : 8:30 MALAM

TEMPAT: KEDIAMAN SENDIRI (GOOGLE MEET)

KEHADIRAN: SEMUA KETUA JK LIBAT URUS




Mesyuarat dipengerusikan oleh GPK HEM, En Wan Muhsin B Wan Mohd

Beliau menyusun atur strategi dan perancangan pembukaan sekolah.


Penggunaan jadual yang sedia ada dan sekiranya ada perubahan akan disusun atur semula.


Perancangan persediaan jawatankuasa untuk gotong royong pembukaan sekolah


Perancangan waktu balik dan cara keluar pulang kerumah












Sunday, September 26, 2021

Mesyuarat EXCO PIBG Sesi 2019/2021 Bil 2/2021

Tarikh: 26 September 2021

Hari: Ahad

Masa: 8.45 pagi


Mesyuarat dipengerusikan oleh YDP PIBG, En Ramli Bin Mat Sit. 

Antara agenda yang dibentangkan adalah mesyuarat PIBG bersama ibubapa.


Guru besar menerangkan mengenai TS25, penyelarasan dan perancangan mesyuarat dan perjumpaan PIBG bagi tahun 2021 dan pembukaan sekolah selepas Covid19


Perancangan penyelarasan Mesyuarat PIBG 2021.















Friday, September 24, 2021

MESYUARAT LIBAT URUS PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH BIL. 4/2021

TARIKH  : 24 SEPTEMBER 2021
HARI       : JUMAAT
MASA     : 2:30 PETANG
TEMPAT: KEDIAMAN SENDIRI (GOOGLE MEET)
KEHADIRAN: SEMUA GURU


Dipengerusikan oleh GPK HEM, En Wan Muhsin Bin Wan Mohd

Taklimat pengoperasian dan pembukaan sekolah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar , En Hazman B Dolah.

Taklimat disampaikan 3 bahagian iaitu:-
1. Operasi sekolah
2. Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas
3. Hal-hal lain
















Taklimat dari Guru Besar


                 



















Monday, August 30, 2021

PELANCARAN AMBANG KEMERDEKAAN KE 64 PERINGKAT SK KERUBONG





TARIKH   : 30/8/2021

HARI    : ISNIN

TEMPAT    : SECARA ONLINE (GOOGLE MEET)

TEMA    : JASAMU DIKENANG


PENGERUSI MAJLIS: USTZH NUR NAJIHAH


7:00  - SEMUA GURU BERKUMPUL

7:30  - BACAAN DOA OLEH: USTAZ AIZAN ANUAR BIN SAMINAN

  - NYANYIAN LAGU NEGARAKU

  - NYANYIAN LAGU MELAKA MAJU JAYA

  - NYANYIAN LAGU SEKOLAH 

  - BACAAN IKRAR OLEH EN MOHD  IMRAN SOFWANI B ROHADI



Pelancaran Program Di Ambang Kemerdekaan ke 64 peringkat SK Kerubong


PENGERUSI MAJLIS DIKETUAI OLEH EN MUSTAKIM B ABU BAKAR

Doa program - Ustaz Aizan Anuar bin Saminan

Perasmi- En Hazman Bin Dolah, Guru Besar SK Kerubong

Laugan merdeka - Ustaz Kamarulnizam

Sajak - Adik Mohd Zulhilmi (Tahun 6)

Video Montaj - En Mohd Zairul Iqram

Kuiz live - En Adwal dan guru praktikal



Lensa Kamera