PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Sunday, September 23, 2018

MAJLIS POHON RESTU MURID TAHUN 6/2018

Assalamualaikum
Salam Keredhaan

Alhamdulillah dapat juga SK Kerubong mengadakan sebuah majlis yang terakhir  khas bagi murid tahun 6, iaitu Majlis Pohon Restu antara murid dan semua guru khususnya guru-guru tahun 6.

Majlis dimulakan bacaan Yassin dan  surah Al-Kahfi pimpinan Ustaz Aizan Anuar B Saminan.

Doa yang dibaca itu sangat menyentuh perasaan setiap insan dalam majlis ini.

Tuan guru besar telah memberikan ucapan perangsang kepada murid-murid tahun 6.
Beliau mengingatkan agar murid bersedia dan yakin dengan perjuangan akhir mereka.

Majlis rasa berbangga dengan kehadiran Tuan Haji Ridwan b Abd Ghani dari Unit Pendidikan Islam. Beliau memberikan pesanan terakhir menghadapi peperiksaan sebenar UPSR dalam 3 hari lagi.

Majlis Pohon Restu di teruskan dengan bersalaman murid dan guru




























Saturday, September 08, 2018

SALAM TERAKHIR GPK KOKURIKULUM- HJ SAHARIL B HJ HARON

Assalamualaikum
Salam kemaafan

7/8/2018 merupakan hari terakhir Tn Hj Saharil bertugas sebagai GPK kokurikulum SK Kerubong.
Beliau bertugas di sini selama 1 tahun 9 bulan.

Beliau dinaikkan pangkat kepada GPK Hem di SK Bukit Baru.

Semoga ukhwah akan terus terjalin. Mohon segala keampunan dan terima kasih atas jalinan kerjasama selama ini.







Bersalaman
















Friday, September 07, 2018

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM 3K SK KERUBONG

Salam sejahtera

Alhamdulillah tamat sudah minggu 3K SK Kerubong.

Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian penutupan oleh YDP PIBG En Ramli B Mat Sit.







Majlis juga mengikhtiraf kelas terbersih tahap 1 dan 2.
Tahniah kepada guru dan murid berkenaan.








Majlis juga menjadi sangat bermakna dengan simbolik penyerahan anak pokok kepada Tuan YDP PIBG. 



Majlis ditutup dengan menanam pokok-pokok tersebut.









Terima kasih diucapkan kepada Tuan YDP PIBG, En Ramli Mat Sit, barisan pentadbir, semua guru yang terlibat dalam menjayakan program 3K ini.