PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Thursday, March 29, 2018

PERTANDINGAN BINTANG KECIL PERINGKAT NEGERI MELAKA

Assalamualaikum
Good morning

Tahniah diucapkan kepada adik Fatin Nur Amalia bt Budiman Jawari dari kelas 5 seroja.

Adik ini telah menjadi johan bagi pertandingan ini daripada 8 orang peserta.

Berikutan ini, adik Fatin akan menyertai pertandingan Bintang Kecil Peringkat Zone Semenanjung di Angkasapuri Kuala Lumpur selepas Hari Raya.

Tahniah juga diucapkan atas usaha dan kerja keras guru pembimbing cikgu Umi Kalsom Bt Ramli. Usaha cikgu yg bersungguh-sungguh membentuk dan mendidik anak didik telah membuahkan hasil. TAHNIAH lagi sekali.







Saturday, March 17, 2018

PROGRAM KECEMERLANGAN TAHUN 6:- PERKAMPUNGAN ILMU TAHUN 6

Assalamualaikum
Good Morning

Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada pasukan tahun 6 iaitu :-

1.Penyelaras tahun 6, En Mohd Norhisam b Hj Taib
2.Setiausaha, Pn Farah Dila bt Adnan
3. Bendahari, Pn Nor Faezah bt Jamil
4. Ketua-ketua Panatia
5. Semua guru subjek teras BM,BI,MT,SN dan juga subjek bukan teras


Tahniah kepada semua yang diatas kerana berjaya merancang dan mengadakan program perkampungan ilmu untuk murid-murid SK Kerubong khasnya untuk murid UPSR.




Program ini dimulakan dengan teknik menjawab Bahasa Melayu yang disampaikan oleh En Azmi bin Abdullah, GPK kokurikulum SK Sri Laksamana


Selepas rehat program diteruskan dengan teknik menjawab Matematik dimana disampaikan oleh Cikgu Hazman B Abd Aziz dari SK Bukit Baru



Terima kasih atas jasa guru-guru yang hadir walaupun dalam minggu cuti persekolahan.
💗💗💗💗💗💗💗💗💗

BAHASA MELAYU





MATEMATIK






Penyampaian Token penghargaan kepada penyampai teknik menjawab




LENSA KAMERA































Saturday, March 10, 2018

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 45 SK KERUBONG

Assalammualaikum
Selamat pagi

Alhamdulillah PIBG SK Kerubong telah berjaya mengadakan mesyuarat Pibg SK Kerubong bagi tahun 2018 dengan jayanya.


Kehadiran YB Datuk Wira Dr Abu Bakar bin Mohamad Diah (Ahli Parlimen Tangga Batu,Melaka) sebagai perasmi menjadi titik semangat kepada semua individu.

Majlis juga dihadiri oleh :-
1. YDP PIBG SK Kerubong,En Ramli B Mat Sit.
2. Timbalan PPD Melaka Tengah, En Mohd Nor B Jaafar
3. Sidang Kg Kerubong, Sidang Baharin
4. Sidang Malek
5. Guru- guru SK Kerubong
6. Para ibubapa








Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku




Ucapan YDP PIBG, En Ramli B Mat Sit. Beliau merakamkan ucapan terima kasih dan beliau sangat mengambil berat keadaan sekolah dari segi ko-akedemik.



Ucapan Tuan Guru Besar,En Bahari B Abu Mansor. Beliau rakamkan ucapan tahniah kepada semua individu dan khasnya kepada YDP SK Kerubong dan YB Datuk Sazali diatas bantuan-batuan yang diberikan kepada sekolah. GB telah memberikan sedikit penjelasan mengenai perjalanan sekolah dari segi akademik dan kokurikulum.
TAHNIAH kepada semua.



Disusuli oleh ucapan perasmian oleh YB Datuk Dr Abu Bakar B Mohd Diah ( Ahli Parlimen Tangga Batu). Yang berhormat menekankan peranan guru dan ibubapa dalam meningkatkan sasaran keputusan sebenar UPSR pada tahun-tahun akan datang. Keutamaan kepada akademik perlu difokuskan daripada kepentingan yang lain.








Penyampaian hadiah galakan dan penghargaan kepada murid-murid yang berjaya dalam UPSR 2017. Murid diberikan plaq dan sijil.












Cabutan bertuah 10 yang pertama dibuat oleh Yang Berhormat.  Selingan persembahan tarian oleh murid SK Kerubong.









Tarian persembahan







Mesyuarat PIBG

Mesyuarat PIBG dimulakan sejurus itu. YDP PIBG memulakan tugasan beliau dengan mengetuai mesyuarat.  Bacaan usul dan pandangan ibubapa diambil kira oleh ahli mesyuarat.











Pembentangan kewangan PIBG oleh Pn Indah Hawani





Cabutan bertuah pada penghujung mesyuarat. Tahniah diucapkan kepada yang bertuah. Hadiah utama adalah sebuah drone berkamera.






























Terima kasih kepada juruacara majlis
Pn Hajah Seri dan Tuan Aznol. Tanpa anda tidak berserilah majlis.



Tanpa doa tidak lengkap majlis kami.
Terima kasih kepada Ustaz Mohd Kamarul Nizam. Semoga Allah berkati doa kami..aminn



LENSA KAMERA