PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Tuesday, March 07, 2017

PROGRAM PENGHADAMAN SIHAT BERSAMA VITAGEN

07 MARCH 2017
8.00 PAGI
TAHAP 1

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur iaitu VITAGEN dari Kuala Lumpur dalam mempromosikan program Penghadaman Sihat Vitagen.

Program pendedahan jenis-jenis Vitagen dan yang bersesuaian kepada setiap individu.

En Azad wakil Vitagen telah melakukan promosi beliau dengan baik. Beliau membuat penerangan yang terperinci mengenai Vitagen.

Beberapa kuiz juga telah dijalankan dan beliau telah menghadiahkan minuman kultur Vitagen tersebut.

Hadiah paling besar ialah 30 botol Vitagen telah diberikan kepada Syafiqah dari 3 Seroja kerana menjawab soalan nama bakteria positif dan negatif yang terkandung dalam minuman kultur ini.

Edaran sebotol Vitagen kepada setiap murid telah juga dilakukan.

Seorang guru iaitu En Kairi telah menyahut cabaran bermain dalam program ini. Beliau juga mendapat 10 botol Vitagen.

Tahniah diucapkan kepada wakil VITAGEN kerana berjaya dengan jayanya.
Diharapkan sudi lagi memberikan pelbagai program atau promosi di masa- masa hadapan.

Lensa kamera:-



EN AZAD





Syafiqah pemenang 30 botol





Monday, March 06, 2017

GOTONG ROYONG PERDANA SK KERUBONG 2017

4 MARCH 2017
SABTU
7.40 pagi

 SK Kerubong telah mengadakan Program Gotong Perdana bersama ibubapa dan penduduk kampung pada hari Sabtu yang lepas.

Program ini mendapat sokongan daripada para ibubapa dan pelajar Politeknik Kota Melaka seramai 30 orang.

Pembahagian kawasan di rancang terlebih dahulu oleh penyelaras, Puan Marina Bt Ramle.

Yang Berhormat Datuk Hj Sazali b Md Din telah merasmikan program tersebut. Beliau telah memberikan sedikit sumbangan kepada sekolah.  Sekolah sangat  berbesar hati dengan bantuan tersebut.

Yang Dipertua  PIBG SK Kerubong, En Ramli B Mat Sit juga memberi sokongan dalam menjayakan program ini.

Antara lensa kamera semasa program :-



UCAPAN PERASMIAN YB DATUK SAZALI

GURU BESAR MEMBERSIHKAN DINDING




GURU DAN IBUBAPA

TAMAN HERBA



MAKMAL KOMPUTER

HAPPY WALL







SUSUNAN PESERTA PROGRAM



PARA GURU


GURU SKK

PENDAFTARAN IBUBAPA


BARISAN VIP PROGRAM




SENARAI NAMA PESERTA GOTONG ROYONG

PENDAFTARAN 

PELAJAR POLITEKNIK KOTA MELAKA

PENYELARAS PROGRAM

PENERANGAN DAN PEMBAHAGIAN KAWASAN

MURID YANG MENYERTAI PROGRAM

YDP PIBG - UCAPAN 


YDP PIBG MEMERIKSA SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM