PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Sunday, April 24, 2022

Program: Pembelian Pakaian Hari Raya Anak-Anak Yatim SK Kerubong

Tarikh : 23 April 2022
Tempat: Pasar raya keluargaku
Murid terlibat: 41 orang


Syukur alhamdulillah. 

Puan Azlinah binti Haji Yang @ Hj Abu Sop, (UMMI) Guru  Besar SK Kerubong, Barisan Pentadbir, YDP PIBG , AJK PIBG  dan warga SK Kerubong mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program pembelian pakaian hari raya buat anak-anak syurga SKK, terutama sekali buat guru-guru pengiring dan para penyumbang. Semoga Allah sahaja yang membalas segala usaha dan sumbangan yang telah diberikan, Aminn.













#sekolahkusejahtera

#SKKHebat,Hebat,Hebat



Friday, April 22, 2022

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Sekolah


11 Februari (Selasa)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Syukur alhamdulillah. 
Puan Azlinah binti Haji Yang @ Hj Abu Sop, (UMMI) Guru  Besar SK Kerubong, Barisan Pentadbir, YDP PIBG , AJK PIBG  dan warga SK Kerubong mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua muridSK Kerubong yang telah menyertai  dengan jayanya. Sekalung perhargaan juga diberikan kepada semua dan murid tahun 1-6 yang memberi kerjasama yang baik sepanjang program membaca ini.

Seramai 1310 murid tahun 1- 6 telah menyertai program murni ini dan sangat memberikan komitmen dengan membaca buku pelbagai jenis sama ada fiksyen atau bukan fiksyen.

Sebagai langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan satu budaya membaca 
di kalangan murid dan guru. Sejajar dengan visi tersebut satu program ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ telah diadakan pada 11 Februari (Selasa) di SK Kerubong

Antara objektif program ini ialah murid dapat meningkatkan minat membaca untuk mencintai dan mendalami ilmu pengetahuan. Selain itu, program ini menggalakkan murid untuk membaca pelbagai bahan bacaan.

Adalah diharapkan program dan amalan murni ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ dapat diteruskan dan menjadi penanda aras murid proaktif dan berilmu.


Terima kasih🌹

#Sekolahkusejahtera
#SKKHebat,Hebat,Hebat















 

Majlis Penutup Program Transisi Tahun Satu 2.0 Sesi 2022/2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Syukur alhamdulillah. 

Puan Azlinah binti Haji Yang @ Hj Abu Sop, (UMMI) Guru  Besar SK Kerubong, Barisan Pentadbir, YDP PIBG , AJK PIBG  dan warga SK Kerubong mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid Tahun 1 yang telah menamatkan program transisi Tahun 1 sesi 2022/2023 dengan jayanya. Sekalung perhargaan juga diberikan kepada guru-guru Tahun 1 serta ibubapa yang memberi kerjasama yang baik sepanjang program transisi ini.

Berikut adalah gambar dan buku program Majlis Penutup Program Transisi Tahun Satu 2.0 Sesi 2022/2023 yang berlangsung pada 14 April 2022.

https://anyflip.com/qniop/gyvy/

Terima kasih🌹
#SKKHebat,Hebat,Hebat