PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Thursday, June 27, 2019

HARI USAHANIAGA SK KERUBONG 2019

27062019
Khamis
8.30 pagi-2.30 ptg
SK Kerubong


Tahniah kepada semua pentadbir, guru dan staf serta pekerja SKK kerana berjaya menganjurkan Hari UsahaNiaga SK Kerubong 2019.

Penyelaras program bagi tahun ini ialah Cikgu Khairi Shariffuddin.

Pelbagai jenis gerai makanan dan minuman telah dibuka untuk mencari dana sekolah. Rumah hantu menjadi tarikan utama. Panggung wayang dan taman mainan juga menjadi pilihan murid sehingga beratur panjang.

Pertama kali kali pembabitan ahli PIBG SK Kerubong membuka dan menjual makanan bagi menjana pendapatan bagi tabung PIBG. Tahniah dari kami warga SKK.


Hadiah- hadiah seperti tablet, basikal,beyblade, skate board dan lain- lain menarik minat murid untuk menanti sehingga saat akhir program.

Terima kasih kepada YDP PIBG, En Ramli B Mat Sit atas sumbangan peribadi sebagai hadiah cabutan bertuah iaitu RM50 sebanyak 6 orang dan RM100 kepada seorang yang paling bertuah.