PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Tuesday, December 30, 2014

MESYUARAT PERTAMA 3 UNIT DAN PERSEDIAAN AWAL 2015


Assalamualaikum   dan Salam Pertemuan...

Pasukan kerja SK Kerubong bersama jawatankuasa-jawatankuasa baru bersatu membincangkan strategi dan penambahbaikan SKK untuk tahun 2015.

Bersama pentadbir, En Bahari b Abu Mansor selaku Guru Besar SKK dan pengerusi telah memulakan mesyuarat  mulai 22 Disember sehingga 24 Disember 2014.




Puan Habsah Bt Omar selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1) telah membentangkan pelan dan strategi  berkaitan kurikulum.  Penempatan guru kelas bagi tahun 2015 serta pelbagai isu berkaitan kurikulum.


Pn Salbiah Bt Said, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; telah menerangkan pelbagai agenda dalam mesyuarat HEM.



En. Roslan B Abu Bakar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum telah membentangkan perkara-perkara berkaitan kokurikulum.



Akhirnya, pada 24 Disember; semua panitia subjek teras dan elektif telah mengadakan mesyuarat panitia kali pertama.

Panatia Pend. Agama Islam

Panatia Bahasa Melayu

Panatia Matematik

Panatia Bahasa Inggeris

Diharapkan segala pelan dan perancangan  yang telah dibentangkan selama 3 hari ini akan menjadikan SK Kerubong sentiasa ke hadapan.

SURAT PENANGGUHAN TARIKH MULA SESI PERSEKOLAHAN 2015



Wednesday, December 17, 2014

UPSR 2014 :26 Nov 2014

Assalamualaikum dan Salam SKK...

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH....
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SKK diatas kejayaan dan peningkatan keputusan UPSR 2014. Tahniah kepada 16 orang murid yang telah mencapai 5A dalam semua subjek.
5A

4A








Sejak pagi lagi, ramai para ibubapa telah menghadirkan diri diperkarangan sekolah untuk mengetahui keputusan anak-anak mereka. 

Debaran dapat dilihat daripada raut wajah setiap individu sejak pagi. 

Setiap murid yang telah mendapat 5A, akan mendapat ganjaran RM1000 daripada Syarikat Jati Beringin. TERIMA KASIH kepada pihak tuan.



Tahniah sekali lagi kepada setiap individu dalam usaha dan kajayaan keputusan UPSR 2014

Monday, December 01, 2014

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA...



Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima hadiah kecemerlangan untuk tahun 2014.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Tuan Haji Asmadi B Wahid, Pengarah Eksekutif dari Jati Beringin dalam memberi sokongan padu dalam menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2014.












Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Rohezam B Mokhtar.



SK Kerubong merakamkan setinggi-tinggi terima kasih keatas semua individu dan khasnya kepada Tuan Haji Asmadi B Wahid kerana kesudian beliau menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang cemerlang.

Graduasi 

Tokoh akademik, tokoh sukan dan tokoh Nilam

Persembahan action song

Johan dan naib johan kelas terbersih tahap 1 dan 2 2014

Para ibubapa tokoh sekolah 2014

Kalam Jama'e