PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Thursday, November 07, 2013

PROGRAM PEMANTAPAN IBUBAPA MURID PEMULIHAN

Unit Kaunseling dan pemulihan SK Kerubong telah mengadakan sebuah program kolaborasi dalam memantapkan ibubapa murid-murid pemulihan pada 7 November 2013.

Cikgu Loh Chee Cheong selaku kaunselor SK Kerubong telah bergabung aktiviti bersama beberapa buah sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut telah diadakan di SK Kerubong.  Senarai sekolah-sekolah yang terlibat adalah seperti yang berikut:

1. SK Cheng
2. SK Malim
3. SK Parit Melana
4. SK Gangsa
5. SK Kerubong

Program ini telah dirasmikan oleh Puan Rogayah, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Khas.
Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.




Wednesday, November 06, 2013

KARNIVAL JUALAN SKK 2013

        Pada 25 Oktober 2013 bersamaan hari Jumaat, Sekolah Kebangsaan Kerubong telah mengadakan Hari Karnival Jualan SKK yang sebelum ini dinamakan Hari Kantin. Pada tahun ini semua gerai jualan telah ditempatkan disekitar  tapak perhimpunan sekolah manakala tempat makan pula disediakan di kantin sekolah. Karnival Jualan yang bermula jam 2.30 petang ini telah mendapatkan sambutan yang amat baik daripada semua pihak termasuk warga sekolah, ibubapa dan penduduk kampung setempat. 
        Sebanyak 15 buah gerai telah dibuka untuk mengadakan jualan. Selain pelbagai jenis makanan dan minuman dijual, turut diadakan pertandingan teka kacang, pameran haiwan eksotik daripada pihak Zoo Melaka, pameran daripada pihak PDRM, AADK, Pejabat Kesihatan dan tidak ketinggalan sesi pandu uji kereta Proton Preve oleh pihak syarikat kereta Proton.
         Sebagai menarik perhatian para pengunjung, cabutan nombor bertuah turut diadakan. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan dan hadiah utama pada tahun ini adalah sebuah tablet berjenama Acer. Hari Karnival Jualan itu telah berakhir pada pukul 6.00 petang. Secara keseluruhan, Hari Karnival Jualan pada tahun ini telah berjaya mencapai sasarannya.