Pada
25 Oktober 2013 bersamaan hari Jumaat, Sekolah Kebangsaan Kerubong telah
mengadakan Hari Karnival Jualan SKK yang sebelum ini dinamakan Hari Kantin.
Pada tahun ini semua gerai jualan telah ditempatkan disekitar tapak perhimpunan sekolah manakala tempat
makan pula disediakan di kantin sekolah. Karnival Jualan yang bermula jam 2.30
petang ini telah mendapatkan sambutan yang amat baik daripada semua pihak
termasuk warga sekolah, ibubapa dan penduduk kampung setempat.
Sebanyak 15 buah gerai
telah dibuka untuk mengadakan jualan. Selain pelbagai jenis makanan dan minuman
dijual, turut diadakan pertandingan teka kacang, pameran haiwan eksotik
daripada pihak Zoo Melaka, pameran daripada pihak PDRM, AADK, Pejabat Kesihatan
dan tidak ketinggalan sesi pandu uji kereta Proton Preve oleh pihak syarikat
kereta Proton.
Sebagai
menarik perhatian para pengunjung, cabutan nombor bertuah turut diadakan.
Pelbagai hadiah menarik telah disediakan dan hadiah utama pada tahun ini
adalah sebuah tablet berjenama Acer. Hari Karnival Jualan itu telah berakhir pada pukul
6.00 petang. Secara keseluruhan, Hari Karnival Jualan
pada tahun ini telah berjaya mencapai sasarannya.