PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Friday, August 15, 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

SK Kerubong telah mengadakan sambutan Majlis Hari Raya pada 15 Ogos 2014.

Murid-murid memakai baju baharu dan bertemakan Hari Raya.

Mereka bekerjasama membawa seorang sedikit makanan untuk menyempurnakan majlis ini.

SKK mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibubapa yang menyokong dengan membekalkan makanan-makanan yang menyelerakan.



Guru-guru SKK

Pelbagai jenis hidangan

Guru-guru sedang menikmati hidangan

Guru Besar SKK sedang memilih kuih


Guru-guru ziarah raya



Monday, August 11, 2014

PELANCARAN PROGRAM BULAN CERIA MERDEKA 2014

Salam 1 Malaysia dan Salam Merdeka


Alhamdulillah...
Dengan izinNya dapat jua SK Kerubong melancarkan PBCM 2014 dengan jayanya bertemakan
"MALAYSIA, DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA"


Tetamu jemputan tahun 2014 ialah Pn Hjh Misiah Bt Hj Anuar, bekas guru SKK

Pelbagai program telah dirancang untuk menjayakan program ini selama sebulan.Terima kasih kepada semua warga SK Kerubong terutamanya guru-guru KT dan Sivik.


Thank you
Syukria
Syukran
Nandri
Cee sh ea


AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG BCM

Tetamu jemutan
Pn Hjh Misiah Hj Anuar

Perarakan masuk diiringi Basikal Merdeka


Kumpulan Choir pimpinan Ustaz Rohezam Mokhtar

Acara kemuncak Perasmian BCM dengan paluan gong oleh Guru Besar SKK 

Dirasmikan 

BARISAN GURU-GURU SKK

Semangat Kemerdekaan Guru Besar SKK






Sunday, August 10, 2014

BACK TO SCHOOL SAMBUTAN HARI GURU 2014

Sambutan Hari Guru yang sangat teruja dan sangat mengembalikan nostalgia setiap guru.

Semua guru mengambil peluang untuk merasai jiwa kanak-kanak dengan pakaian sekolah masing-masing.

Persembahan nyanyian, ucapan dan pemberian hadiah adalah intipati majlis sambutan ini.

Beberapa potret sebagai kenangan semua....



Friday, July 25, 2014

Kejohanan Balapan dan Padang SK Kerubong 2014 telah berlangsung pada 26 Jun 2014 di Stadium Hang Jebat Melaka. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB Sazali bin Muhd Din, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka merangkap ADUN Paya Rumput.


Berikut senarai pemenang dalam kejohanan pada tahun ini:

PEMENANG  ACARA PADANG

ACARA
BAWAH 10 TAHUN
TAHUN 5
TAHUN 6
LOMPAT JAUH (LELAKI)
MUHD SUHAIRI B ZAMRI
MOHD ISKANDAR B NOOR SHAM
MUHD FIRDAUS B BAHAROM
LOMPAT JAUH (PEREMPUAN)
ANIS SYANAZ BT KAFLI
SITI NUR LIZALINA BT ROSLAN
INTAN SYAZALYNA BT HASSAN
LOMPAT TINGGI (LELAKI)
MUHD SHAH DANISH B MALIK
MUHD ERRY RIDZUAN B ZULFAKRI
MUHD AFIF B MD RAIS
LOMPAT TINGGI (PEREMPUAN)
NORLELA BT SHAMSURI
SITI HAJAR NATASHA BT ROSLI
NUR KHUZAIMAH BT MD RAHIM
LONTAR PELURU (LELAKI)
MUHD SUHAIRI B MOHD ZAMRI
HAFIZ DANIAL JUSLIN
MUHD IQRAM AIMAN B ZULHILMI
LONTAR PELURU (PEREMPUAN)
NUR ATIQAH BT SALLEH
NURIN SABRINA BT NOR HISAM
DYANA NABILAH NATASHA

PEMENANG  ACARA BALAPAN

ACARA
BAWAH 10 TAHUN
TAHUN 5
TAHUN 6
100 METER
(LELAKI)
MUHAMMAD SYAH DANISH
MUHD. ISKANDAR BIN NOORSHAM
AMIRUL NOR HAIQAL
100 METER (PEREMPUAN)
NORLELA BT SHAMSURI
SITI NUR LIZALINA BT ROSLAN
NUR IZZWANI BT PAZLI
200 METER
(LELAKI)
-
MUHD. AMIRUL
MUHD. AFIF BIN MUHD. RAIS
200 METER (PEREMPUAN)
-
SITI NUR LIZALINA BT ROSLAN
NURUL AINA BT JAMIL
4 X 100 METER (LELAKI)
TEMENGGONG
SYAHBANDAR
SYAHBANDAR
4 X 100 METER (PEREMPUAN)
SYAHBANDAR
TEMENGGONG
TEMENGGONG

KEPUTUSAN ACARA PERBARISAN

KEDUDUKAN
RUMAH SUKAN
1
SYAHBANDAR (BIRU)
2
TEMENGGONG (HIJAU)
3
BENDAHARA (MERAH)
4
LAKSAMANA
(KUNING)

KEPUTUSAN KESELURUHAN KEDUDUKAN RUMAH SUKAN

KEDUDUKAN
RUMAH SUKAN
MATA
JOHAN
TEMENGGONG (HIJAU)
359
NAIB JOHAN
SYAHBANDAR (BIRU)
230
KETIGA
LAKSAMANA
(KUNING)
226*
KEEMPAT
BENDAHARA (MERAH)
226*
* Keputusan ditentukan dengan melihat keputusan Ujian tara.



NAMA
RUMAH SUKAN
OLAHRAGAWAN
MUHAMMAD SHAH DANISH
TEMENGGONG
OLAHRAGAWATI
SITI NUR LIZALINA BT ROSLAN
TEMENGGONG

JUARA KESELURUHAN 2014 - RUMAH TEMENGGONG


Wednesday, May 07, 2014

Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES 2014)


  • Tarikh 23 April telah dipilih sebagai hari Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia. Tarikh ini telah dipilih oleh Pertubuhan Pendidikan, Sainstifik dan Kebudayaan - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.. Ianya adalah bertujuan untuk memartabatkan buku sebagai sumber pengetahuan. Dalam era teknologi yang semakin maju, buku perlu diletakkan ditempat yang sewajarnya supaya terus bersesuaian dengan era ini.

  • MARILAH KITA MEMBACA TELAH DIADAKAN SERENTAK PADA:
    Tarikh: 22 April 2014
    Hari: Selasa
    Masa mula: 10.00 pagi
    Masa tamat: 10.10 pagi
    Tempoh masa: 10 minit.
    Bahan bacaan: apa-apa bahan yang bermanafaat.
    Tempat: Dimana-mana sahaja anda berada pada tarikh dan masa tersebut.

  • Gambar sebagai lampiran







Monday, February 17, 2014

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2014

Majlis Pelancaran Program Nilam 2014 Sk Kerubong telah diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh  :  17 Februari 2014
Hari      : Isnin
Masa     : 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SKK

Antara aktiviti yang dijalankan semasa majlis pelancaran adalah gimik pelancaran program nilam, penyerahan fail-fail nilam, kuiz tahap 1 dan 2 dan nyanyian lagu nilam. Pelancaran telah disempurnakan oleh Guru Besar Sk Kerubong, En. Bahari Bin Abu Mansor.






Monday, February 10, 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2014

Dua orang murid SK Kerubong telah menyertai Kejohanan Merentas Desa peringkat negeri Melaka yang telah dijalankan pada 8 Februari 2014 di SMK Ade Putra, Masjid Tanah. Seramai 70 orang murid peringkat negeri melaka telah menyertai pertandingan tersebut. Seorang murid SK Kerubong iaitu Arif Haikal Bin Omar telah berjaya mendapat tempat ke 13 manakala seorang lagi wakil iaitu Mohd Afiq bin Abd Rashid mendapat tempat ke 25. Tahniah kepada kedua-dua orang peserta dan juga guru pengiring merangkap jurulatih mereka kerana berjaya membawa nama sekolah ke peringkat negeri melaka.


Saturday, January 25, 2014

Kursus kepimpinan pengawas 2014

Kursus kepimpinan pengawas telah dijalankan pada 25 Januari 2014 di Sk Kerubong bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Kursus melibatkan semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas spbt dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
Selepas pendaftaran, semua peserta telah mengikuti sesi ceramah kepimpinan yang telah disampaikan oleh Cikgu Hairudin dari SK Limbongan.



Selepas sesi ceramah, semua peserta dibahagikan kepada unit masing-masing dan melakukan aktiviti yang berkaitan tugas mereka bersama guru penasihat masing-masing. 


Sesi penutup telah dilakukan oleh En. Bahari Bin Abu Mansor, guru besar SK Kerubong pada jam 12.30 tengahari. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.



Wednesday, December 04, 2013

KEPUTUSAN UPSR 2013 SK KERUBONG

KEPUTUSAN UPSR 2013

TAHNIAH !!! Kepada murid -murid SK Kerubong dengan pencapaian UPSR 2013.
Sekalung tahniah juga dirakamkan kepada semua guru SKK diatas kejayaan ini.

Seramai 15 orang murid mendapat 5A. 

1.  Iskandar Fahmi B amiludin
2.  Muhammad Azri B Shanin
3.  Muhammad Danial Haiqal B Abd Rahman
4.  Muhammad Ershad Nur B Mohamad Hindier
5.  Muhammad Ikhsan B Isham
6.  Rowdriquez Anak Tinggie
7.  Maizatul Najwa B Ahmad
8.  Natasha Athirah Bt Hairol Naim
9.  Nor' Aliah Bt Yusni
10.Nor Aina Bt Sulaiman
11.Nor Atiylia Nabyla Bt Rosli
12.Nur Maizatul Akmar Fatihah Bt Maszeli
13.Nur Syarmimi Bt Hussin
14.Nurin Najihah Bt Muhammad Nor Hisam
15.Nurkhalisah Shazwani Bt Abdul Shariff

Seramai  11 orang telah mendapat 4A1B.

1.  Nurul Anis Syuhada Bt Zamri
2.  Aniq Farhan B Azharnuddin
3.  Danial Fakhrullah B Md Superi
4.  Nur Iskandar B Mohtar
5.  Alifah Ilyana Bt Mat Zen
6.  Anis Suraya Bt Nordin
7.  Nur Nabiha Bt Abdullah
8.  Nurin Batrisyia Bt Rosli
9.  Nurul Natasya Bt Mohd Nordin
10.Siti Nur Sabrina Bt Hasren
11.Siti Nursarah Bt Hassim



5A

4A1B
SEKALUNG TAHNIAH JUGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH UNTUK PENCAPAIAN UPSR 2013.  SEMOGA USAHA KITA AKAN BERTERUSAN DEMI MASA DEPAN SEKOLAH KEBANGSAAN KERUBONG.




Thursday, November 07, 2013

PROGRAM PEMANTAPAN IBUBAPA MURID PEMULIHAN

Unit Kaunseling dan pemulihan SK Kerubong telah mengadakan sebuah program kolaborasi dalam memantapkan ibubapa murid-murid pemulihan pada 7 November 2013.

Cikgu Loh Chee Cheong selaku kaunselor SK Kerubong telah bergabung aktiviti bersama beberapa buah sekolah. Aktiviti-aktiviti tersebut telah diadakan di SK Kerubong.  Senarai sekolah-sekolah yang terlibat adalah seperti yang berikut:

1. SK Cheng
2. SK Malim
3. SK Parit Melana
4. SK Gangsa
5. SK Kerubong

Program ini telah dirasmikan oleh Puan Rogayah, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Khas.
Sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.




Wednesday, November 06, 2013

KARNIVAL JUALAN SKK 2013

        Pada 25 Oktober 2013 bersamaan hari Jumaat, Sekolah Kebangsaan Kerubong telah mengadakan Hari Karnival Jualan SKK yang sebelum ini dinamakan Hari Kantin. Pada tahun ini semua gerai jualan telah ditempatkan disekitar  tapak perhimpunan sekolah manakala tempat makan pula disediakan di kantin sekolah. Karnival Jualan yang bermula jam 2.30 petang ini telah mendapatkan sambutan yang amat baik daripada semua pihak termasuk warga sekolah, ibubapa dan penduduk kampung setempat. 
        Sebanyak 15 buah gerai telah dibuka untuk mengadakan jualan. Selain pelbagai jenis makanan dan minuman dijual, turut diadakan pertandingan teka kacang, pameran haiwan eksotik daripada pihak Zoo Melaka, pameran daripada pihak PDRM, AADK, Pejabat Kesihatan dan tidak ketinggalan sesi pandu uji kereta Proton Preve oleh pihak syarikat kereta Proton.
         Sebagai menarik perhatian para pengunjung, cabutan nombor bertuah turut diadakan. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan dan hadiah utama pada tahun ini adalah sebuah tablet berjenama Acer. Hari Karnival Jualan itu telah berakhir pada pukul 6.00 petang. Secara keseluruhan, Hari Karnival Jualan pada tahun ini telah berjaya mencapai sasarannya.