PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Tuesday, August 26, 2014

'KEM BAHASA INGGERIS & BIJAK IT' SEMPENA PROGRAM JELAJAH HIDUP LEBIH MUDAH TM

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. .

Syukur alhamdulillah kerana SK Kerubong telah terpilih oleh pihak TM sebagai salah satu lokasi bagi mereka menjalankan aktiviti-aktiviti Bahasa Inggeris dan pendedahan mengenai dunia IT.

Program ini telah berlangsung pada 24 ogos 2014 bermula jam 9.00 pagi dan murid dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang yang disertai oleh lebih kurang 200 orang murid dari tahun 4, 5 dan 6.

Cikgu Rossa seorang pensyarah dari KLMU telah menjadi English Instructor sepanjang program ini berlangsung.

TEACHER ROSSA

Aktiviti seperti berlakon dan berdialog dalam Bahasa Inggeris dijalankan.
Beberapa orang murid juga menyanyikan lagu dalam Bahasa Inggeris.

Amirah..

Arfan ..

Acara kemuncak program ini adalah kehadiran artis tempatan iaitu Ani Mayuni. Beliau telah membantu murid-murid membuat lakonan dan telah menyampaikan 2 buah lagu. Ani Mayuni juga telah menyampaikan sijil dan hadiah disamping pegawai-pegawai TM.

Ani Mayuni; artis jemputan
Pn Sabarina dan Pn Azuasfar menemani murid sesi pagi.


SUMBANGAN DARI TM

Murid-murid SK Kerubong

TERIMA KASIH ...TM...






LAWATAN SEKOLAH CEMERLANG MURID LELAKI UPSR 2014

Lawatan kecemerlangan murid lelaki tahun 6 Seroja & 6 Kenanga telah diadakan pada ketetapan berikut :

  Tarikh   : 26 Ogos 2014
  Hari      : Selasa
  Tempat : SMK Tinggi Melaka






 Penyampaian cenderahati kepada penceramah



Program ini telah dijalankan bersama-sama dengan murid-murid SK St Francis dan SK Sacred Heart. Sesi motivasi pelajar cemerlang telah disampaikan oleh Pn. Salbiah Bt Kamarudin, Guru Bimbingan dan kaunseling SMK Tinggi Melaka. Semoga program ini dapat memberi input yang berguna dan menjadikan murid-murid lelaki SKK bertambah cemerlang.


Friday, August 22, 2014

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6

Tarikh : 22 Ogos 2014

Assalamualaikum. .

Alhamdulillah. . SK Kerubong telah terpilih untuk menerima kunjungan dari pihak Encik Kamaruddin B Azmi wakil dari Advance Fitrah Motivation and Consultation
Dan Encik Mohd Firdaus B Syukran , Penolong Pengarah JAIM Bahagian Penguatkuasaan.

Kehadiran kedua insan ini adalah meningkatkan semangat dan motivasi murid-murid tahun 6 SK Kerubong dalam menghadapi peperiksaan yang hampir menjelang.

Semoga semangat dan kata-kata yang dilafazkan oleh murid-murid ini akan menjadi kenyataan.


Menyuntik semangat kejayaan oleh
En.Mohd Firdaus B Syukran








Doa oleh Encik Kamaruddin B Azmi

Menitis jua..akhirnya...

Para tetamu bersama GB SK Kerubong,
Encik Bahari B Abu Mansor


SOLAT HAJAT PERDANA SK KERUBONG 2014

Tarikh: 21 Ogos 2014

Assalamualaikum. ..
SK Kerubong telah mengadakan  Program Solat Hajat Perdana bagi murid-murid khususnya Tahun 6 serta ibubapa.

Program ini diadakan di Masjid Kerubong. Para ibubapa, murid serta guru-guru berkumpul di surau mulai waktu maghrib.











ALHAMDULILLAH....
Program ini telah berjaya dilaksankan dengan jayanya.

Ucapan terima kasih iucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan program ini.

PELANCARAN JOM SOLAT

Tarikh : 22 Ogos 2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Panitia Pendidikan Islam berjaya melancarkan satu program yang sangat dinanti-nantikan. Program Jom Solat ini diadakan untuk mengingatkan, menjentik sanubari agar mendirikan solat. Solat merupakan tiang agama.
Program ini juga dilancarkan bagi melatih dan mendidik murid mendirikan solat dari kecil lagi.
Untuk makluman, program ini telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia Pengarah Pendidikan Melaka di peringkat negeri pada 18 Jun 2014.
Sebagai selitan acara pelancaran, Ustaz Rohezam B Mokhtar telah melatih beberapa murid untuk membuat simulasi solat suboh. Ustaz Aizan Anuar B Saminan selaku Ketua Panitia telah memberikan sedikit peringatan mengenai solat bersama syurga dan nerakanya.
TAHNIAH diucapkan kepada ahli-ahli Panitia Pendidikan Agama Islam. Semoga program ini dapat dijadikan 'iktibar dan memantapkan lagi solat dalam kehidupan seharian.

Pelancaran Program Jom Solat

Simulasi

Simulasi solat

Pasukan simulasi solat

Ketua Panitia
Ustaz Aizan Anuar B Saminan

Thursday, August 21, 2014

SENAMROBIK BULAN KECERGASAN 2014

Tarikh: 19 Ogos 2014

SK Kerubong telah berjaya menjalankan Program Senamrobik sempena Bulan Kecergasan 2014.

Murid-murid Pom Pom Girls telah memulakan gerak tari mereka dibawah pimpinan Encik Rohezam B Mokhtar.

Senamrobik berirama dipimpin oleh Puan Hazratul Naim. Susunan gerak tari yang sungguh indah dimulakan dengan regangan dan kemudian ansur maju.

Para guru dan murid-murid mengikut rentak senamrobik dengan gembira.
Instruktor Senamrobik Berirama
The ladies



Gents


Semua melakukannya...

PROGRAM PECUTAN AKHIR UPSR 2014

Tarikh : 18 Ogos 2014

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Program Pecutan Akhir UPSR 2014 dirancang dan dikelolakan oleh gabungan Unit Kecemerlangan UPSR dan Unit Bimbingan & Kaunseling.

Program ini dijalankan bagi memberi suntikan semangat kepada ibubapa dan murid-murid bagi menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Ibubapa juga berinteraksi berkongsi idea dan pendapat.

Penceramah jemputan Encik Loh Chee Cheong telah menyuntik semangat persediaan kepada para hadirin.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih.
Bersama penceramah

Ibubapa bersama anak

Penerangan penyelaras tahun 6

Friday, August 15, 2014

PROGRAM KEMPEN MURID BERADAB 2014 BERSAMA POLIS

Tarikh : 12/8/2014

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.


SK Kerubong telah merancangkan pelbagai aktiviti untuk mengurangkan kadar masalah disiplin.  Salah satu programnya ialah;
PROGRAM KEMPEN MURID BERADAB 2014 BERSAMA POLIS berfokuskan murid tahap 2; anjuran Unit Kaunseling dan Unit Disiplin SK kerubong.

Adalah menjadi satu lumrah yang mana pelbagai masalah disiplin timbul di sekolah antaranya masalah gansterism, mencuri, tidak menghormati guru, ponteng sekolah dan sebagainya.

Kempen ini diadakan untuk memberi pendedahan pencegahan jenayah dan kesan-kesan negatif yang berlaku di sekeliling murid.

Pihak sekolah mengharapkan agar kempen seumpama ini akan membawa impak yang positif dalam mengurangkan masalah disiplin dan dapat menimbulkan kesedaran awal tentang pencegahan jenayah.
Taklimat khas disampaikan oleh pegawai polis


Semua murid tahap 2

Terima kasih diucapkan kepada Inspektor Maya Maizura Bt Yahya iaitu wakil dari jabatan polis.Beliau adalah salah seorang pegawai yang bertugas di bahagian Data Bank DNA.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih diatas penerangan dan taklimat khas yang diberikannya itu.