PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Thursday, April 13, 2017

SUKAN TAHUNAN - PERTANDINGAN AKHIR PADANG DAN BALAPAN SK KERUBONG

06042017
2 ptg
STADIUM HANG JEBAT


Alhamdulillah akhirnya tamat sudah acara sukan tahunan atau pertandingan akhir acara padang dan balapan peringkat sekolah SK KERUBONG.

Rumah Syahbandar, Temenggung, Laksamana dan Bendahara bersatu menjayakan program ini.

Acara dimulakan dengan perbarisan masuk oleh kontigen-kontigen setiap rumah sukan. Dimulakan oleh rumah Syahbandar bertemakan Galactic Warrior. Rumah Temenggung membawa tema Lanun, rumah Bendahara dengan tema Red Riding Hood dan rumah Laksamana dengan tema Batman.

Meriah dengan warna warni dan disiplin perbarisan.

Perasmi acara akhir padang dan balapan ialah Yang Berbahagia Datuk Wira Muhd Yusof Bin Hj Mahadi, Ketua Pemimpin Masyarakat Kerubong Tengah
En Ramli B Mat Sit, Yang Dipertua PIBG SK Kerubong juga hadir memberikan sokongan kepada sekolah.


BENDAHARA -RED RIDING HOOD

THE PRIVATE OF TEMENGGUNG

LAKSAMANA THE BATMAN

THE GALACTIC WARRIOR - SYAHBANDAR


PERBARISAN MASUK KONTIGEN KEJOHANAN
.
PEMBAWA BENDERA KEJOHANAN



Kontigen rumah sukan berbaris membaca ikrar kejohanan dan doa 





Ucapan majlis dimulakan oleh Tuan Guru Besar, En. Bahari B Abu Mansor.

TETAMU VVIP

UCAPAN GURU BESAR


Ucapan dari tetamu VIP iaitu perasmi program
Yang Berbahagia Datuk Wira Mohd Yusof Bin Hj. Mahadi








Bacaan doa oleh Ustaz Khairul Azhar Bin Md. Shuhaimi




Pemeriksaan perbarisan kontigen oleh Yang Berbahagia Datuk Wira Mohd Yusof Bin Hj Mahadi



Penyampaian cenderahati kepada perasmi oleh guru besar 



Kontigen berarak keluar 



Persediaan peserta balapan




Lensa acara dijalankan






Penyampaian medal oleh guru besar






Penyampaian medal oleh Tuan Yang Dipertua PIBG SK Kerubong , En Ramli B Mat Sit







Juara perbarisan 
RUMAH SYAHBANDAR


Naib juara perbarisan
RUMAH TEMENGGUNG



OLAHRAGAWAN
DANIEL HAKIMI
BENDAHARA

OLAHRAGAWATI
PUTRI
SYAHBANDAR


LENSA KAMERA










AJK JAMUAN




Tahniahh!!!
JUARA KESELURUHAN IALAH RUMAH SYAHBANDAR 



Markah akhir keseluruhan


Tuesday, March 07, 2017

PROGRAM PENGHADAMAN SIHAT BERSAMA VITAGEN

07 MARCH 2017
8.00 PAGI
TAHAP 1

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur iaitu VITAGEN dari Kuala Lumpur dalam mempromosikan program Penghadaman Sihat Vitagen.

Program pendedahan jenis-jenis Vitagen dan yang bersesuaian kepada setiap individu.

En Azad wakil Vitagen telah melakukan promosi beliau dengan baik. Beliau membuat penerangan yang terperinci mengenai Vitagen.

Beberapa kuiz juga telah dijalankan dan beliau telah menghadiahkan minuman kultur Vitagen tersebut.

Hadiah paling besar ialah 30 botol Vitagen telah diberikan kepada Syafiqah dari 3 Seroja kerana menjawab soalan nama bakteria positif dan negatif yang terkandung dalam minuman kultur ini.

Edaran sebotol Vitagen kepada setiap murid telah juga dilakukan.

Seorang guru iaitu En Kairi telah menyahut cabaran bermain dalam program ini. Beliau juga mendapat 10 botol Vitagen.

Tahniah diucapkan kepada wakil VITAGEN kerana berjaya dengan jayanya.
Diharapkan sudi lagi memberikan pelbagai program atau promosi di masa- masa hadapan.

Lensa kamera:-



EN AZAD





Syafiqah pemenang 30 botol