PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Saturday, February 10, 2018

KEM KEPIMPINAN UNIT-UNIT PENGAWAS SK KERUBONG 2018

Assalamualaikum
Selamat petang

Alhamdulillah Program Kem Kepimpinan Unit-unit Pengawas sekolah iaitu
1. Pengawas Sekolah -
2. Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS)-
3. Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya( PRS)-
4. Pengawas Skim Bantuan Buku Teks (BOSS)-

Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru pengawas SKK atas waktu kelapangan anda sepanjang hari ini, semata-mata untuk melahirkan para pemimpin dikalangan murid SKK






Sebanyak 5 buah bas membawa sejumlah 230 org murid ke Kem Bina Insan Rabiatul Adawiyah, Durian Tunggal.












Setibanya disana, murid-murid ini diambil alih kumpulan fasilitator dari kem bina insan Rabiatul Adawiyah ini. Ketua fasilitator ialah Ustaz Hafiz. Guru pengiring dari SKK membantu menjaga setiap aktiviti muri-murid ini.








Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang berada di sana. Antaranya memanjat aktiviti dinding halangan, lalui rintangan kawad, memanjat halangan ikatan tayar.



















Mereka juga menjalankan aktiviti berkumpulan.


Murid diberikan hidangan dulang dan makan bersuap antara mereka untuk melahirkan seorang pemimpin yang berjiwa penyayang dan tidak mendongak ke langit. Jiwa dipenuhi dengan kasih dan sayang





Majlis ucapan perasmian disempurnakan oleh Pn Sabarina Bt Yaakop selaku wakil Guru Besar dan pentadbir SK Kerubong.





Murid balik pada jam 5.30 petang dan alhamdulillah sampai semula ke sekolah pada jam 6 petang.


Semoga kem ini akan dapat melahirkan seorang pemimpin yang baik dimasa-masa hadapan kelak. Menjadi seorang pemimpin bukan sesuatu yang mudah kerana pemimpin itu perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan betul.
InshaAllah...



Monday, February 05, 2018

PELANCARAN PROGRAM NILAM & VLE FROG 2018

Assalamualaikum
Good Morning
Chao An
Kalai Vanakam


Alhamdulillah jawatankuasa PSS (NILAM) dan Pembestarian Sekolah (Vle Frog) telah melancarkan program NILAM dan Vle Frog peringkat sekolah.

Pn Syahirah bt Daud mewakili PSS dan memberikan ucapan.
Peringatan mengenai pemilihan calon NILAM peringkat sekolah dan negeri.



En Aznol Sharil bin Ludin selaku penyelaras Vle frog telah memberikan ucapan. Beliau memberitahu bahawa akan ada pemenang bulanan murid yang berjaya online Vle Frog yang terbanyak. Terdapat banyak sub topik yang murid boleh belajar dari Vle Frog.


Guru Besar, En Bahari b Abu Mansor telah memberikan ucapan perasmian. Nasihat beliau agar murid memperbanyakkan bacaan untuk terpilih dalam peringkat negeri.
Bacaan banyak akan menjadikan murid itu lebih baik dari akademiknya. Murid di minta untuk menggunakan Vle Frog untuk menimba ilmu diluar kotak.


Perasmian Program NILAM








Gimik perasmian murid berbahasa dari 9 negara












Perasmian Program Vle Frog.
















Penyampaian Fail NILAM kepada guru setiap aliran dari tahun 1-6









Semoga murid-murid SK Kerubong akan mendapat manfaat dari program-program yang di adakan.