PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Friday, August 17, 2018

PROGRAM SETULUS PENGORBANAN

Assalamualaikum
Ahlan Wasahlan

Segala puji bagi Allah, pentadbir alam buana, penguasa pada percaturan hidup manusia. Segugus cinta buat junjungan tercinta Rasulullah s.a.w.


Tahniah diucapkan kepada panitia Pendidikan  Agama dan Bahasa Arab kerana berjaya merancang dan melaksanakan Program Setulus Pengorbanan sempena tibanya Hari Raya Aidil Adha atau hari raya korban.



Semoga program ini akan memberi ilmu dan maklumat kepada warga SKK tentang peristiwa-peristiwa penting dalam Islam khasnya Bulan Zulhijjah ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan surah Al-Kahfi.
Ceramah 'Setulus Pengorbanan' disampaikan oleh ustaz Muhammad Nusi b  Mahmood.




Agihan bubur lambuk kepada setiap murid SKK.












Semoga Allah merahmati program dan setiap insan SKK.
Aaamin.

Lensa Kamera









SPOT CHECK BEG SEKOLAH OLEH PEGAWAI PPD MELAKA TENGAH

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Sekolah dikejutkan dengan kehadiran seorang pegawai dari  PPD Melaka Tengah.  Beliau adalah Encik Azman b Mat Nor
Penyelia Unit ICT/ Maklumat  PPD Melaka Tengah
Pegawai Operasi "Spot Check" beg berat.

Guru Penolong Kanan telah membantu beliau untuk menimbang beg dan mengambil gambar isi kandungan beg sekolah seramai 10 orang murid.

Semoga pemantauan mengejut ini akan mendapat suatu dapatan dan keputusan yang lebih baik untuk masa depan semua murid-murid.


Lensa Kamera








Wednesday, August 08, 2018

ROAD RELAY

Assalamualaikum
Salam Kesukanan

Unit kokurikulum 
SK Kerubong telah mengadakan program Road Relay peringkat sekolah pada hari Selasa - 7/8/18

Para peserta berlari di sepanjang track laluan yang dikawal oleh guru-guru bertugas.

Murid sangat bersemangat untuk berlari sampai ke garisan penamat.


















PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2018

Salam kemerdekaan

Tahniah kepada ahli-ahli pPanati Sejarah dan yang terlibat dalam menjayakan pelancaran Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2018.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu kemerdekaan dan diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara


Ucapan Guru Besar dan perasmian program



Perkongsian pengalaman dari tokoh kemerdekaan setempat iaitu Tn Hj Abu Bakar Bin Husin.


Majlis diserikan dengan gimik pelancaran program. Persembahan sajak patriotik dan persembahan Dondang Sayang juga dipersembahkan oleh murid-murid SK Kerubong.












Tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam program Bulan Ceria  Merdeka 2018.

Tuesday, August 07, 2018

MILO @SK KERUBONG

Good Morning.
Have a nice day..

Every year, Milo Malaysia's iconic green van visits schools nationwide to kick-start the new term and inculcate the habit of breakfast.

Those who can't read also knew this is MILO.

The free drinks for kids of SK Kerubong.
They were lined up properly under teacher's supervision.

They had enjoyed themselves and teachers too.

Thank you Nestlé Malaysia Milo.