PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Friday, November 16, 2018

MAJLIS APRESIASI PENGAWAS PRS

Assalamualaikum

Tahniah diucapkan kepada unit BnK SK Kerubong, Pn Seri, Pn Suhaily dan Pn Rozilah kerana telah menguruskan majlis apresiasi pangawas PRS di Restoran Aida Rich Cafe di MITC.
Majlis ini diadakan pada 14/11/18 pada waktu tengah hari.

Lensa kamera











Saturday, November 10, 2018

Diagnostik Murid Tahun Satu 2019

Assalamualaikum

SK Kerubong telah memanggil semua  murid berdaftar bagi tahun satu 2019.

Ibubapa mendaftar nama anak dan menghadiri taklimat tahun satu daripada beberapa guru berkaitan pendaftaran dan orientasi.

Murid menjalani ujian diagnostik persediaan tahun 2019.

Tahniah kepada semua ibubapa dan bakal murid tahun 2019.

Lensa kamera






































Friday, November 09, 2018

Anugerah Teknologi Pendidikan (TEKNOPEN) Peringkat Negeri Melaka 2018.

Assalamualaikum

Tahniah kepada guru muda SK Kerubong dan 3 orang murid SKK.


Mereka telah dianugerahkan dengan
Anugerah Teknologi Pendidikan (TEKNOPEN) Peringkat Negeri Melaka 2018.

Pada 2 November 2018, telah diadakan Anugerah TEKNOPEN Negeri Melaka di Ballroom MITC Melaka. Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan produksi SK Kerubong, Topaz Production telah mendapat Johan dalam Pertandingan Digital Storytelling Animation (DST) Sekolah Rendah Negeri Melaka 2018. Pasukan Topaz Production telah mewakili negeri Melaka ke Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018 dan mendapat tempat saguhati.

Berikut adalah senarai pasukan Topaz Production:
1. Guru pembimbing: En. Muhammad Zulfadhli bin Kamarudin
2. Pengarah Fotografi: Muhammad Akmal Anas bin Safian
3. Pengarah Editorial: Muhammad Raaiq bin Mohd Raze
4. Pengarah Seni dan Pengeluaran: Nik Nabhan bin Nik Shahrim

Video animasi yang telah dihasilkan oleh Topaz Production boleh dilayari di pautan berikut:
https://youtu.be/WgIQDKF-vaE


TAHNIAH DARIPADA WARGA SEKOLAH

Lensa Kamera