PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Sunday, January 13, 2019

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2019

02/01/2019
RABU



Alhamdulillah selesai dengan baik.

Murid disusun atur dengan baik. Murid juga disambut baik ke sekolah oleh barisan pentadbir dan ahli PIBG.

Guru Besar memberikan ucapan pertama beliau bagi tahun 2019.

Penerimaan tetamu kehormat iaitu YB. Mohd Rafiq Naizamohideen , ADUN Paya Rumput, Beliau hadir memberikan ucapan semangat kepada semua murid SK Kerubong

Beliau telah memberikan dua slot motivasi dari pihak beliau kepada SK Kerubong secara percuma untuk seisi 2019.

Tahniah kepada semua ibubapa yang berjaya menghantar anak kesekolah.



























ORIENTASI TAHUN 1 2019

Sabtu
29/12/2019


Orientasi Tahun 1
  
BIL.
ITEM
BUTIRAN
1.
ORGANISASI
SK KERUBONG, MELAKA

2.
BIDANG
KURIKULUM
                               
3.
PROGRAM
Hari Orientasi Murid Tahun Satu sesi persekolahan 2019
4.
RASIONAL
Hari Orientasi Murid Tahun Satu sesi persekolahan 2019 SK Kerubong
Murid-murid tahun satu yang baru masuk ke SK Kerubong perlu didedahkan dengan maklumat-maklumat yang asas sejak awal lagi. Pendedahan ini perlu supaya murid-murid baru ini dapat merasai budaya dan suasana alam persekolahan sebenar dengan baik. Penerapan dan penghayatan nilai, disiplin serta budaya sekolah akan memudahkan murid-murid mengasimilasikan diri mereka sekaligus proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat berjalan dengan baik dan berkesan. Selain daripada itu ia juga bertujuan memudahkan urusan pihak sekolah bagi urusan bayaran PIBG sekolah dan bayaran tambahan yang lain.

4.
MATLAMAT
1.   Mendedahkan Bakal murid-murid Tahun satu kepada suasana persekolahan sebenar
2.   Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai hal ehwal sekolah yang perlumereka ketahui
5.
AKTIVITI
8.30 – 8.45 pagi (Pendaftaran)
  • Ibubapa ke kantin
  • Murid beratur di tapak perhimpunan
8.45 – 9.30 pagi (taklimat ibubapa)
  • Ucapan Penyelaras
  • Ucapan YDP PIBG SK Kerubong
  • Ucapan Guru Besar SK Kerubong
  • Taklimat PBD, vle frog,PSS dan J-Qaf
  • Murid dikelas menjalani aktiviti mewarna

12.30 t/hari - bersurai

6.
OBJEKTIF
1.   Memberi suntikan kepada murid-murid yang akan menempuh alam persekolahan supaya lebih bersedia menjelangnya hari persekolahan sebenar.
2.   Mengenalkan suasana persekolahan dengan lebih dekat lagi dengan membawa mereka bertemu dengan guru-guru serta melihat persekitaran sekolah seperti bilik darjah, pusat sumber, tandas, kantin,pejabat, surau dan bilik-bilik khas.
3.   Menjelaskan kepada ibu bapa hal-hal  berkaitan persekolahan anak-anak yang perlu mereka ketahui bagi mereka yang anak-anaknya baru melangkah ke alam persekolahan demi menjalinkan hubungan yang lebih rapat di antara sekolah dengan ibu bapa serta untuk kebaikan bersama
7
TARIKH PELAKSANAAN
29 Disember 2019
8.
JANGKAMASA
4 Jam

9.
SASARAN
Semua ibubapa tahun 1 dan tahun 2-6
Murid tahun 1
12.
PENYELIAAN
Guru Besar
Guru Penolong Kanan Kurikulum
Guru Penolong Kanan HEM












Saturday, December 29, 2018

MESYUARAT HEM DAN KOKURIKULUM BIL 1/2019

Khamis
27/12/2018

Alhamdulillah hari kedua persiapan persediaan awal persekolahan tahun 2019.
Mesyuarat HEM diadakan seawal 8 pagi oleh GPK HEM, Pn Maharia bt Baharuddin.

Intipati:-

  • Pengesahan minit mesyuarat
  • Penyerahan fail guru kelas
  • Peringatan dan pesanan unit HEM







MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 1/2019


Mesyuarat dimulakan pada jam 10.30 pagi.





Wednesday, December 26, 2018

MESYUARAT AWAL TAHUN DAN MESYUARAT KURIKULUM BIL1/2019

Rabu
26/12/2018

MESYUARAT AWAL TAHUN 2019


Alhamdulillah semua guru dan para pentadbir telah berjaya menghadirkan diri ke Mesyuarat Awal Tahun dan Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2019.

Para pentadbir:-
Guru besar,
En Hazman B Dollah

GPK Kurikulum,
Pn Salbiah Bt Said

GPK HEM,
Pn Maharia Bt Baharuddin

GPK Kokurikulum,
En Abdullah bin Salam


Tuan guru besar telah menyampaikan pesanan dan peringatan mengenai pekeliling dan peraturan bekerja.





Mesyuarat Kurikulum Bil 1/2019

Pn Salbiah selaku GPK Kurikulum telah menyusun dan menerangkan jawatan setiap bidang dan setiap guru. Penerangan telah dibuat agar guru memahami dan laksanakan tugas dengan baik bagi tahun 2019.

Pn Salbiah menyampaikan pesanan dan peringatan dalam melaksanakan tugasan sepanjang tahun 2019.






Penerangan Program Transisi Tahun 1 2019

Pn Marina Ramle menerangkan proses program yang akan diadakan pada 29/12/2018





Tahniah kepada semua guru SK Kerubong.
Selamat bertugas dengan penuh komitmen bagi tahun 2019