Assalamualaikum. .
Anak- anak didik bersedia sepenuhnya untuk mencurahkan segala jawapan ilmu dalam bentuk jawapan diatas kertas peperiksaan UPSR..
Guru-guru menghantar dengan penuhbharapan dan setinggi-tinggi doa agar anak-anak ini dapat menjawab dengan tenang dan lancar.
Tuesday, September 09, 2014
Wednesday, September 03, 2014
TERAPI MINDA UPSR 2014
Tarikh: 03 September 2014
Pasukan tahun 6 telah membawa murid-murid tahun 6 ke Pusat Bowling Antarabangsa MITC Melaka untuk meringankan kadar stress belajar dikala UPSR sedang menghampiri mereka.
Terapi pernafasan dan kawalan minda juga diajarkan agar anak-anak ini boleh mengawal emosi dalam tekanan menghadapi peperiksaan UPSR.

Semoga segala usaha dari semua guru dari tahun 1 hingga tahun 6 akan membawa kejayaan dalam UPSR 2014..
AMINN...
Friday, August 29, 2014
SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2014
DISINI LAHIRNYA 💖CINTA..
29082014
💖Panitia Kajian Tempatan dan Sivik telah merancang program ini dengan jayanya.
Semua murid dan guru bersama-sama meraikan Sambutan Ambang Kemerdekaan 2014.
Tema pilihan 2014 ialah zaman sebelum mellinium atau era 50an.
Tahniah diucapkan kepada semua warga SK KERUBONG...
Laungan merdeka..
Guru berpakaian era 50an..
telah mengadakan pertandingan basikal kemerdekaan...
Perarakan merdeka dengan basikal..
Pertandingan nyanyian solo dan berkumpulan
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dan TAHNIAH...💖

Murid-murid bergaya..
Selain itu; sempena merdeka, pihak panitia
telah mengadakan pertandingan basikal kemerdekaan...
Perarakan merdeka dengan basikal..
Pertandingan nyanyian solo dan berkumpulan
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dan TAHNIAH...💖
Tuesday, August 26, 2014
'KEM BAHASA INGGERIS & BIJAK IT' SEMPENA PROGRAM JELAJAH HIDUP LEBIH MUDAH TM
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. .
Syukur alhamdulillah kerana SK Kerubong telah terpilih oleh pihak TM sebagai salah satu lokasi bagi mereka menjalankan aktiviti-aktiviti Bahasa Inggeris dan pendedahan mengenai dunia IT.
Program ini telah berlangsung pada 24 ogos 2014 bermula jam 9.00 pagi dan murid dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang yang disertai oleh lebih kurang 200 orang murid dari tahun 4, 5 dan 6.
Cikgu Rossa seorang pensyarah dari KLMU telah menjadi English Instructor sepanjang program ini berlangsung.
![]() |
| TEACHER ROSSA |
Aktiviti seperti berlakon dan berdialog dalam Bahasa Inggeris dijalankan.
Beberapa orang murid juga menyanyikan lagu dalam Bahasa Inggeris.
![]() |
| Amirah.. |
![]() |
| Arfan .. |
Acara kemuncak program ini adalah kehadiran artis tempatan iaitu Ani Mayuni. Beliau telah membantu murid-murid membuat lakonan dan telah menyampaikan 2 buah lagu. Ani Mayuni juga telah menyampaikan sijil dan hadiah disamping pegawai-pegawai TM.
![]() |
| Ani Mayuni; artis jemputan |
![]() |
| Pn Sabarina dan Pn Azuasfar menemani murid sesi pagi. |
![]() |
| SUMBANGAN DARI TM |
![]() |
| Murid-murid SK Kerubong |
TERIMA KASIH ...TM...
LAWATAN SEKOLAH CEMERLANG MURID LELAKI UPSR 2014
Lawatan kecemerlangan murid lelaki tahun 6 Seroja & 6 Kenanga telah diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 26 Ogos 2014
Hari : Selasa
Tempat : SMK Tinggi Melaka
Tarikh : 26 Ogos 2014
Hari : Selasa
Tempat : SMK Tinggi Melaka
Penyampaian cenderahati kepada penceramah
Program ini telah dijalankan bersama-sama dengan murid-murid SK St Francis dan SK Sacred Heart. Sesi motivasi pelajar cemerlang telah disampaikan oleh Pn. Salbiah Bt Kamarudin, Guru Bimbingan dan kaunseling SMK Tinggi Melaka. Semoga program ini dapat memberi input yang berguna dan menjadikan murid-murid lelaki SKK bertambah cemerlang.
Friday, August 22, 2014
PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6
Tarikh : 22 Ogos 2014
Assalamualaikum. .
Alhamdulillah. . SK Kerubong telah terpilih untuk menerima kunjungan dari pihak Encik Kamaruddin B Azmi wakil dari Advance Fitrah Motivation and Consultation
Dan Encik Mohd Firdaus B Syukran , Penolong Pengarah JAIM Bahagian Penguatkuasaan.
Kehadiran kedua insan ini adalah meningkatkan semangat dan motivasi murid-murid tahun 6 SK Kerubong dalam menghadapi peperiksaan yang hampir menjelang.
Semoga semangat dan kata-kata yang dilafazkan oleh murid-murid ini akan menjadi kenyataan.

| Menyuntik semangat kejayaan oleh En.Mohd Firdaus B Syukran |
![]() |
| Doa oleh Encik Kamaruddin B Azmi |
![]() |
| Menitis jua..akhirnya... |
![]() |
| Para tetamu bersama GB SK Kerubong, Encik Bahari B Abu Mansor |
Subscribe to:
Posts (Atom)