PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Wednesday, February 15, 2017

Kempen Sayangi Buku Teks

Pada 24 Januari 2017, berlangsungnya Kempen Sayangi Buku Teks yang telah diadakan pada ketetapan berikut:
          Masa     : 7.40 pagi
          Tempat : Makmal Komputer

Kempen tersebut telah dirasmikan oleh En.Bahari bin Abu Mansor (Guru Besar SK Kerubong). Diharapkan dengan adanya kempen sebegini, murid- murid semakin mengambil berat tentang penjagaan buku teks.









Monday, February 13, 2017

PELANCARAN HARI GURU PENYAYANG DAN WARGA EMAS PERINGKAT SEKOLAH 2017

13 Februari 2017
7.40 pagi

Alhamdulillah SK Kerubong telah berjaya menjayakan majlis sambutan Hari Penyayang Dan Meraikan warga emas yang teristimewa peringkat sekolah pada hari ini.

Tetamu jemputan merupakan bekas murid SK Kerubong pada tahun 1968 iaitu Professor Azizah bt Dollah. Beliau merupakan ahli ALUMNI cemerlang SKK.  Prof telah memberikan ucapan serta pengalaman beliau kepada murid- murid Dan warga SKK

Ketua Sektor Psikologi Dan Kaunseling dari jabatan iaitu Tn Hj Roslan bin Abd Ghani juga telah hadir dan menyampaikan teks ucapan pengarah untuk sambutan Hari Penyayang ini.

Sambutan Hari lahir tiga orang kanak-kanak juga telah diadakan bersama tetamu kehormat tersebut.

Lensa kamera

USTAZ AZNOL
Bacaan doa

GURU BESAR, EN BAHARI B ABU MANSOR

Tetamu Jemputan Dan barisan GPK 

TN HJ ROSLAN
Ucapan perutusan  pengarah 


PROF AZIZAH BT DOLLAH
Ucapan sebagai yang diraikan


Tiga murid yang diraikan

Perasmian oleh Prof Azizah

Upacara memotong kek


Suapan kek harijadi oleh Prof


Penyampaian cenderahati kepada Prof Azizah

Pentadbir,  BNK SKK Dan tetamunya


Persembahan 

Monday, June 27, 2016

Pelancaran minggu VLE Frog SKk

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pelancaran minggu VLE Frog SKK telah dijalankan mengikut ketetapan berikut.
                   Tarikh  : 7 Mac 2016
                   Masa     : 8.00 pagi
           Tempat : Tapak perhimpunan















Monday, May 23, 2016

GOTONG ROYONG PERDANA 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Gotong Royong Perdana telah diadakan panda 6 Mac 2016 bertempat di SK Kerubong. Gotong royong ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Program ini adalah salah satu program bersama PIBG di bawah sarana. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang aktiviti gotong-royong tersebut.














Monday, April 18, 2016

KURSUS PEMIMPIN MUDA 2016

       Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari Sabtu, 20 Februari 2016, kursus pemimpin-pemimpin muda telah dijalankan. Kursus tersebut melibatkan Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Kursus tersebut bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Sesi pendaftaran murid-murid bermula pada pukul 7.30 pagi.



Di antara aktiviti- aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus tersebut.









Selepas aktiviti luar dijalankan,murid-murid berkumpul semula di kantin sekolah. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada penceramah iaitu En Mohd Zamre bin Khamis dari SK Bertam Hulu di atas ceramah yang begitu menghiburkan.


Penyampaian sijil kepada para peserta kursus juga telah disempurnakan oleh Pn. Salbiah bt Said (GPK HEM SK Kerubong).