PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Thursday, September 06, 2018

PELANCARAN UNIT 3K SK KERUBONG

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Pasukan guru dari unit 3K iaitu kesihatan, kebersihan dan keselamatan telah merancang minggu 3K.
Beberapa aktiviti mengikut unit telah dirancang dengan teliti.

Pelancaran unit-unit ini diadakan pada 3/9/2018 (Isnin).






LATIHAN KEBAKARAN -UNIT 3K SK KERUBONG

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Satu latihan kebakaran 2/2018 telah diadakan pada jam 9.00 pagi - 9.40 pagi


Gimik kebakaran dilancarkan pada waktu perhimpunan






Loceng kecemasan telah dibunyikan selama 1-2 minit.

Murid-murid bersama guru matapelajaran telah bergerak dengan segera melalui laluan jalan yang ditetapkan.

Murid berkumpul di kawasan lapang. Guru matapelajaran memeriksa bilangan murid agar tiada yang tercicir.

Simbolik memadam kebakaran turun diadakan. Tuan guru besar, Encik Hazman telah memulakan proses memadam api tersebut. Diikuti bebrapa orang murid dan guru.

Murid diberikan taklimat oleh cikgu Budiman agar bertindak segera sekiranya berlaku kecemasan yang sebenar.

Murid beredar pulang ke kelas masing-masing bersama guru matapelajaran.

Dapatan dari latihan kebakaran ini ialah murid-murid seramai 1233 murid dan semua warga SK Kerubong telah mengambil masa selama 4 minit 23 saat untuk sampai di kawasan lapang tersebut.


Lensa Kamera

Loceng dibunyikan oleh En Rezwan


Murid bergerak












Guru mengambil kedatangan








Persiapan demo kebakaran





Memadamkan  menggunakan fire extinguisher













Warga SK Kerubong
1. guru : 71
2. staff sokongan : 6
3. pekerja swasta : 8
4. pekerja kantin : 9
5. murid pra : 25
6. murid skk 1-6 : 1208
7. pgawal keselamatan : 2+2
8. guru pelatih : 2
9. pekerja kedai buku : 1
10. lain-lain : guru ganti 1

CERAMAH KESIHATAN -UNIT 3K SK KERUBONG


Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Unit 3K menjalankan aktiviti sebaran maklumat mengenai kesihatan melalui ceramah kesihatan.

Ceramah ini di adakan oleh unit farmasi Kementerian kesihatan Malaysia, khususnya dari Hospital Besar Melaka.

Encik Tan telah menerangkan proses menyimpan ubat-ubatan, bagaimana mengira dos ubat dan mengambil/makan ubat dengan cara yang betul.

Murid-murid diberikan kuiz untuk menjadikan slot ceramah ini ceria dan interaktif.











Tuesday, September 04, 2018

PAMERAN KESIHATAN DAN DENGGI -UNIT 3K SK KERUBONG

Assalamualaikum
Salam Sihat
4/9/18

Pihak Jabatan Kesihatan Daerah Melaka Tengah telah mengambil inisiatif yang terbaik untuk mengadakan road show bersama trak ke sekolah.

Trak yang dipenuhi contoh dan model-model nyamuk untuk pengajaran dipamerkan kepada semua murid SK Kerubong.
Murid berpeluang melihat dan merasa secara hands on