PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Wednesday, September 21, 2022

Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang dan Jom ke sekolah 2022/2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkara: Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang dan Jom ke sekolah 2022/2023
Tarikh : 17 Jun 2022
Syukur alhamdulillah.
Puan Azlinah binti Haji Yang @ Hj Abu Sop (UMMI), Guru Besar SK Kerubong, Barisan Pentadbir, YDP PIBG, AJK PIBG dan warga SK Kerubong mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung terutama sekali kepada ahli jawatankuasa kerja program guru penyayang SK Kerubong 2022/2023.
Diharapkan semua murid SK Kerubong akan mendapat manfaat daripada program tersebut.
Berikut adalah buku program dan video montaj bagi Majlis Pelancaran Amalan Guru Penyayang dan Jom ke sekolah 2022/2023
Sekian, terima kasih.

Kejohanan Merentas Desa SK Kerubong 2022/2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkara: Kejohanan Merentas Desa SK Kerubong 2022/2023
Tarikh : 1 Jun 2022
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Sekitar Kampung Krubong
Syukur alhamdulillah.
Puan Azlinah binti Haji Yang @ Hj Abu Sop (UMMI), Guru Besar SK Kerubong, Barisan Pentadbir, YDP PIBG, AJK PIBG dan warga SK Kerubong mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Kejohanan Merentas Desa peringkat SK Kerubong 2022/2023 dan semua individu yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Merentas Desa pada tahun ini.
Tahniah buat murid-murid yang berjaya menamatkan larian pada tahun ini. Anda memang hebat
Berikut adalah buku program kejohanan tersebut:
Sekian, terima kasih.

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil SK Kerubong 2022/2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkara: Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil SK Kerubong 2022/2023
Tarikh : 30 Mei 2022
Masa : 7.20 pagi
Tempat : Dataran Iltizam, SKK
Perasmi : L/Kpl Mohd Syakirin bin Zakaria, Pegawai Polis, Balai Polis Tanjung Minyak
Syukur alhamdulillah.
Puan Azlinah binti Haji Yang @ Hj Abu Sop (UMMI), Guru Besar SK Kerubong, Barisan Pentadbir, YDP PIBG, AJK PIBG dan warga SK Kerubong mengucapkan jutaan terima kasih kepada L/Kpl Mohd Syakirin bin Zakaria, Pegawai Polis, Balai Polis Tanjung Minyak di atas kesudian beliau menyampaikan watikah kepada semua pemimpin kecil SK Kerubong pada tahun ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Kecil SK Kerubong 2022/2023 dan semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis yang penuh bermakna ini.
Diharapkan semua pemimpin kecil SK Kerubong sesi 2022/2023 dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.
Berikut adalah buku program majlis tersebut:
Sekian, terima kasih.

Perasmian Minggu Bahasa Melayu SK Kerubong 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Program: Perasmian Minggu Bahasa Melayu SK Kerubong 2022
Tarikh : 23 Mei 2022
Tempat: Dataran Perhimpunan SKK
Syukur alhamdulillah.
Puan Azlinah binti Haji Yang @ Hj Abu Sop, (UMMI) Guru Besar SK Kerubong, Barisan Pentadbir, YDP PIBG, AJK PIBG dan warga SK Kerubong mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung terutama sekali kepada Ketua Panitia Bahasa Melayu dan semua ahlinya.
Diharapkan semua murid SK Kerubong akan menyertai setiap pertandingan yang telah diadakan dan mendapat manfaat daripada program tersebut.
Berikut adalah buku program dan video montaj Pelancaran Minggu Bahasa Melayu.
"Bahasa Tranformasi Ilmu, Bakat Murid Digilap"
Sekian, terima kasih.

Sambutan Hari Guru peringkat SK Kerubong 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Program: Sambutan Hari Guru peringkat SK Kerubong 2022
Tarikh : 17 Mei 2022
Syukur alhamdulillah.
Puan Azlinah binti Haji Yang @ Hj Abu Sop (UMMI), Guru Besar SK Kerubong, Barisan Pentadbir, YDP PIBG, AJK PIBG dan warga SK Kerubong mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini terutama sekali kepada AJK Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK). Tidak lupa juga jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa & murid-murid yang telah menyediakan hadiah buat guru-guru tersayang.
Bagi seorang pendidik, bukan nilai hadiah yang dilihat, ucapan 'terima kasih cikgu' atau ucapan 'Selamat Hari Guru' sudah memberikan suatu penghargaan untuknya. Semoga anak-anak SK Kerubong akan terus berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.
Berikut adalah buku program dan video montaj bagi sambutan Hari Guru 2022.
Sekian, terima kasih.

Program Riang Ria Raya SK Kerubong 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkara: Program Riang Ria Raya SK Kerubong 2022
Tarikh : 13 Mei 2022
Syukur alhamdulillah.
Puan Azlinah binti Haji Yang @ Hj Abu Sop, (UMMI) Guru Besar SK Kerubong, Barisan Pentadbir, YDP PIBG , AJK PIBG dan warga SK Kerubong mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutama sekali kepada ibu bapa, murid-murid dan juga guru kelas bersama pembantunya.
Semoga program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan kekeluargaan di kalangan guru dan murid serta mewujudkan pemuafakatan yang erat di kalangan warga SKK. Kerjasama ibu bapa bagi menjayakan program ini amatlah baik sekali. Pihak sekolah sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang telah bersusah payah menyediakan pelbagai juadah yang enak-enak untuk dihidangkan semasa program tersebut. Semoga Allah memberikan ganjaran pahala yang besar di atas usaha tersebut.
Berikut adalah buku program bagi majlis tersebut:
Sekian, terima kasih.

Program Bacaan Yaasin & Tahlil SK Kerubong

 Assalamualaikum wbt..

Program Bacaan Yaasin & Tahlil SK Kerubong
Tarikh : 22 April 2022
Hari : Jumaat
Program Bacaan Yaasin dan Tahlil telah dilaksanakan pada setiap hari Jumaat, sepanjang bulan Ramadan. Semoga kita semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt sentiasa. Inshallah.

Lawatan Kerja YB Datuk Rais bin Yasin (Exco Pendidikan & Teknologi Negeri Melaka)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkara: Lawatan Kerja YB Datuk Rais bin Yasin (Exco Pendidikan & Teknologi Negeri Melaka)
Tarikh : 11 Mei 2022
Tempat: SK Kerubong
Syukur alhamdulillah.
Puan Azlinah binti Haji Yang @ Hj Abu Sop (UMMI), Guru Besar SK Kerubong, Barisan Pentadbir, YDP PIBG , AJK PIBG dan warga SK Kerubong mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Rais bin Yasin ( Rais Yasin ) diatas lawatan kerja rasmi beliau ke SK Kerubong.
Turut hadir sepanjang sesi lawatan tersebut adalah En Yusri bin Seman (Ketua Pegawai PPD Melaka Tengah), Tn. Haji Khairuddin bin Yusof (KPPK unit Prasekolah dan Rendah), Pn Naziah binti Ramli (Pegawai Sekretariat Pendidikan). Semoga dengan lawatan kerja ini akan memberikan impak yang besar ke arah menjadikan SK Kerubong sebuah sekolah yang hebat di negeri Melaka.

Majlis Penutup Ihya Ramadan SK Kerubong 2022/2023

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Program: Majlis Penutup Ihya Ramadan SK Kerubong 2022/2023
Tarikh : 29 April 2022
Tempat: Kantin SK Kerubong
Syukur alhamdulillah.
Puan Azlinah binti Haji Yang @ Hj Abu Sop, (UMMI) Guru Besar SK Kerubong, Barisan Pentadbir, YDP PIBG , AJK PIBG dan warga SK Kerubong mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Ihya Ramadan pada tahun ini terutama sekali kepada guru-guru Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab (PAIBA) serta AJK yang terlibat. Semoga Allah sahaja yang membalas segala usaha yang telah dijalankan, Aminn.