Hari : Khamis
Tarikh : 8 November 2012
Tempat : Dewan Sk Kerubong
Perasmi : En. Asmadi Bin Wahid, Pengarah Eksekutif Jati Beringin Sdn. Bhd.
Majlis itu
bermula seawal 8.00 pagi dengan kehadiran para tetamu jemputan dan pergerakan
masuk murid-murid ke dalam dewan. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk
memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akedamik dan
kokurikulum. Penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada
murid-murid supaya terus cemerlang dalam bidang akademik dan sukan.
Beberapa persembahan oleh murid turut
dipersembahkan kepada para tetamu. Antara persembahan yang menarik adalah
persembahan nasyid di bawah bimbingan Ustaz Rohezam Mokhtar, tarian murid
prasekolah dibawah bimbingan Cik Azlinda Bt Rahmat dan tarian murid tahun satu
yang berkonsep ‘Bollywood’ dibawah bimbingan Pn Suhaili Bt Kassim. Para tetamu
terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.Acara kemuncak ialah upacara
penyampaian hadiah kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik
berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang aktif dan
cemerlang dalam bidang kokurikulum turut menerima hadiah. Majlis ini berlangsung
dengan lancar dan meriah sekali dengan menggunakan format baru pengacaraan pada
tahun ini yang mana tiga orang pengacara digunakan. Juruacara pada tahun ini
adalah En. Mohd. Hisham Bin Salleh yang menggunakan Bahasa melayu, Pn. Jamilah
Bt Mohamad menggunakan Bahasa Inggeris dan Pn. Nor Faizah Bt Sarani yang
menggunakan Bahasa Arab. Para tetamu jemputan dijemput menikmati juadah sejurus
majlis ini berakhir. Diharapkan agar majlis seperti ini menjadi pendorong pada
murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment