PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Saturday, September 28, 2013

MAJLIS PERPISAHAN USTAZ SAIFULHIZAT BIN ABD. RAHMAN

  Pada 27 September 2013 merupakan hari terakhir Ustaz Saifulhizat Bin Abd. Rahman berada di SK Kerubong. Pada hari ini juga satu majlis ringkas majlis perpisahan beliau telah diadakan dan beliau akan mula bertugas di SK Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak bermula pada 1 Oktober 2013. Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin yang diketuai oleh beliau sendiri.


 Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ustaz Aizan sebagai Ketua Panitia Adama Islam, En. Abdul Aziz wakil pentadbir dan akhirnya ucapan oleh Ustaz Saifulhizat sendiri.


Seterusnya sesi penyerahan cenderahati oleh Panitia Pendidikan Islam yang telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En. Bahari Bin Abu Mansor.


Majlis jamuan sempena perpisahan beliau telah dijalankan di kantin sekolah sebelum waktu balik.




Semoga beliau dapat meneruskan khidmat bakti ditempat yang baru dengan lebih baik lagi dan kami warga SKK mengucapkan selamat maju jaya.





No comments:

Post a Comment