PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Tuesday, December 30, 2014

MESYUARAT PERTAMA 3 UNIT DAN PERSEDIAAN AWAL 2015


Assalamualaikum   dan Salam Pertemuan...

Pasukan kerja SK Kerubong bersama jawatankuasa-jawatankuasa baru bersatu membincangkan strategi dan penambahbaikan SKK untuk tahun 2015.

Bersama pentadbir, En Bahari b Abu Mansor selaku Guru Besar SKK dan pengerusi telah memulakan mesyuarat  mulai 22 Disember sehingga 24 Disember 2014.




Puan Habsah Bt Omar selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1) telah membentangkan pelan dan strategi  berkaitan kurikulum.  Penempatan guru kelas bagi tahun 2015 serta pelbagai isu berkaitan kurikulum.


Pn Salbiah Bt Said, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; telah menerangkan pelbagai agenda dalam mesyuarat HEM.



En. Roslan B Abu Bakar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum telah membentangkan perkara-perkara berkaitan kokurikulum.



Akhirnya, pada 24 Disember; semua panitia subjek teras dan elektif telah mengadakan mesyuarat panitia kali pertama.

Panatia Pend. Agama Islam

Panatia Bahasa Melayu

Panatia Matematik

Panatia Bahasa Inggeris

Diharapkan segala pelan dan perancangan  yang telah dibentangkan selama 3 hari ini akan menjadikan SK Kerubong sentiasa ke hadapan.

No comments:

Post a Comment