PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Monday, January 12, 2015

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN DI SK KERUBONG

Assalamualaikum  dan Salam Pertemuan....


Alhamdulillah . .. 12 Januari 2015 merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2015.


Seperti biasa, ramai ibubapa mengambil peluang menghantar anak-anak pada waktu pagi.





Murid-murid dibantu oleh guru bertugas dan pengawas sekolah untuk mencari tempat berkumpul yang betul di tapak perhimpunan.

Loceng telah dibunyikan pada 7.15 pagi.

Perhimpunan rasmi sekolah dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku,Lagu Negeri Melaka,Lagu sekolah dan Lagu Melaka Maju.





Ikrar rukunegara dan ikrar murid telah dilafazkan oleh pengawas sekolah yang telah dilantik.



Beberapa orang guru telah berucap untuk memberikan taklimat ringkas dan peringatan.
Antaranya ialah En Asmani. Beliau selaku ketua guru bertugas telah memberikan ucapan alu-aluan dan beberapa peringatan yang lain.



Cik Norafizah telah membacakan nama murid yang menerima RMT.



Pn. Siti Rafeah pula mengingatkan semua buku teks perlu dijaga dengan baik dan melengkapkan  nama di ruang yang disediakan.



Akhirnya, En Bahari B Abu Mansor selaku guru besar SK Kerubong telah memberikan ucapan aluan dan beberapa peringatan penting kepada seluruh warga SKK dan para ibubapa. Ibubapa digalakkan berurusan dipejabat daripada berjumpa dengan guru kelas secara langsung.



Akhirnya, semua murid masuk ke kelas seperti biasa untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran.

Beberapa gambar seterusnya sebagai kenangan...










Barisan pentadbir SKK

Pengenalan guru kelas





No comments:

Post a Comment