Assalamualaikum . ..
Akhirnya tiba juga 8hb September 2015.
Tarikh UPSR bagi tahun ini adalah daripada 8-10 September 2015.
8 September
Bahasa Melayu (Pemahaman)
Bahasa Melayu (Penulisan)
Matematik (Kertas 1)
9 September
Matematik (Kertas 2)
10 September
Sains
Bahasa Inggeris (Kertas 1)
Bahasa Inggeris (Kertas 2)
Petang
Kertas Aptitude
Program yang dijalankan:-
1. Solat hajat
2. Solat hajat perdana
3. Bacaan Yassin
4. Pengedaran alat-alat tulis.
5. Taklimat
6. Latihan perjalanan dan protokol ke bilik peperiksaan.
7. Kismis doa
8. Motivasi murid oleh Mr.Chan
9. Motivasi Keibubapaan murid cemerlang dan murid harapan.
10.Program Restu bersama guru-guru.
11.Kelas-kelas samada pagi, tengahari, petang, hari Sabtu dan Ahad malah juga bantuan kelas dirumah guru.
12. Program santai dan rehat minda di Taman Buaya.
Pihak sekolah mendoakan kejayaan setiap murid murid SK Kerubong yang menduduki peperiksaan UPSR 2015; seramai 162 calon.
Tuesday, September 08, 2015
Thursday, September 03, 2015
SOLAT HAJAT PERDANA DAN PECUT BERSAMA PERMATA
Assalamualaikum
Tarikh : 3 September 2015
Masa. : 7 petang.
SK Kerubong telah berjaya menganjurkan SOLAT HAJAT PERDANA dan MOTIVASI PECUT BERSAMA PERMATA bagi tahun 2015.
Solat Hajat yang diadakan secara bersiri-siri telah diakhiri dengan program ini.
Perjalanan program ini adalah dimulakan dengan solat magrib dan bacaan Yassin.
Solat Magrib dan bacaan yassin telah diketuai oleh Ustaz Khairul Anuar.
Program dilanjutkan dengan Motivasi Pecut Bersama Permata dari Ustazah Rozita bt Abdul Hamid, Guru Cemerlang Pendidikan Islam dari SMK Seri Pengkalan.
Beliau telah memberikan impak yang kuat kepada anak-anak serta ibubapa.
Kecindan yang menjadi nadi ceramah beliau telah menarik perhatian seluruh dewan solat dan motivasi.
Peringatan kepada anak-anak mengenai membesarkan mereka. Anak-anak memohon maaf daripada kedua ibubapa yang hadir.
Jutaan terima kasih dari pihak sekolah kepada Ustazah Rozita Sayang.
Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang memberikan sepenuh komitmen demi masa depan anak-anak. Tahniah diucapkan.
Terima kasih juga diucapkan kepada individu-individu yang telah memberikan sumbangan makanan dan wang ringgit untuk menjayakan program ini.
Semoga dengan adanya program ini, anak-anak dapat memperkukuhkan semangat peperiksaan dan memohon restu; kemaafan daripada kedua ibubapa yang hadir.
Tahniah kepada semua guru-guru SKK. Iringan doa restu kepada anak-anak ini. Terima kasih khasnya kepada tuan penyelaras tahun 6, En Muhammad Norhisham B Taib kerana berjaya mengadakan pelbagai aktiviti tahun 6.

Subscribe to:
Posts (Atom)