PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Thursday, September 03, 2015

SOLAT HAJAT PERDANA DAN PECUT BERSAMA PERMATA

Assalamualaikum
Tarikh : 3 September 2015
Masa.   : 7 petang.

SK Kerubong telah berjaya menganjurkan  SOLAT HAJAT PERDANA dan MOTIVASI PECUT BERSAMA PERMATA bagi tahun 2015.

Solat Hajat yang diadakan secara bersiri-siri telah diakhiri dengan program ini.

Perjalanan program ini adalah dimulakan dengan solat magrib dan bacaan Yassin.



Solat Magrib dan bacaan yassin telah diketuai oleh Ustaz Khairul Anuar.



Program dilanjutkan dengan Motivasi Pecut Bersama Permata dari Ustazah Rozita bt Abdul Hamid,  Guru Cemerlang Pendidikan  Islam dari SMK Seri Pengkalan.

Beliau telah memberikan impak yang kuat kepada anak-anak serta ibubapa.
Kecindan yang menjadi nadi ceramah beliau telah menarik perhatian seluruh dewan solat dan motivasi.



Peringatan kepada anak-anak mengenai membesarkan mereka. Anak-anak memohon maaf daripada kedua ibubapa yang hadir.









Jutaan terima kasih dari pihak sekolah kepada Ustazah Rozita Sayang.



Terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang memberikan sepenuh komitmen demi masa depan anak-anak. Tahniah diucapkan.






Terima kasih juga diucapkan kepada individu-individu yang telah memberikan sumbangan makanan dan wang ringgit untuk menjayakan program ini.


Semoga dengan adanya program ini, anak-anak dapat memperkukuhkan  semangat peperiksaan dan memohon restu; kemaafan daripada kedua ibubapa yang hadir.

Tahniah kepada semua guru-guru SKK. Iringan doa restu kepada anak-anak ini. Terima kasih khasnya kepada tuan penyelaras tahun 6, En Muhammad Norhisham B Taib kerana berjaya mengadakan  pelbagai aktiviti tahun 6.

No comments:

Post a Comment