PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Tuesday, May 22, 2018

KEJOHANAN OLAHRAGA SK KERUBONG 2018

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



Tahniah diucapkan kepada semua guru dan staff SK Kerubong kerana telah berjaya mengadakan kejohanan olahraga SK Kerbong bagi tahun 2018.

Pertandingan saringan telah diadakan terlebih dahulu di kawasan lapang berhampiran sekolah

Pihak sekolah sekali lagi membawa murid ke Stadium Hang Jebat untuk menjalankan acara akhir dan kemuncak olahraga disana.

Perbarisan rumah sukan iaitu rumah sukan Syahbandar, Temenggung, Laksamana dan Bendahara telah berarak terlebih dahulu.

Mengetuai kontijen adalah adik Darwish Hanz B Ramli dari 6 Seroja. Pembawa logo kesukanan pula di bawa oleh 4 orang murid.

Guru-guru bertugas sebagai penyelia peserta, penyelia mula dan tamat larian dan banyak lagi.

Acara di gamatkan lagi dengan acara ibubapa dan acara guru. Permainan yang dipilih ialah menyambut belon berisi air.

Penyampaian hadiah telah dibuat selang seli.  Pada akhir kejohanan, olahragawan dan olahragawati telah dipilih.
Olahragawan:
Olahragawati:

Tamatlah sudah kejohanan olahraga ẞK Kerubong bagi tahun 2018. Tahniah sekali lagi kepada setiap individu yang terlibat dalam kejohanan ini.

LENSA KAMERA







Johan keseluruhan
RUMAH SYAHBANDAR



OLAHRAGAWAN


OLAHRAGAWATI








HADIAH ACARA IBUBAPA






No comments:

Post a Comment