PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Friday, July 06, 2018

HARI TERAKHIR DAN PERPISAHAN YANG AKAN DIRINDUI

Assalamualaikum
Ahlan wasahlan

Tiba juga hari perpisahan dua insan yang banyak baktinya di SK Kerubong.


TUAN GURU BESAR
ENCIK BAHARI B ABU MANSOR

Seorang guru besar yang tegas dan dalam masa yang sama prihatin kepada kehendak guru-guru SK Kerubong.
Beliau sentiasa memberi nasihat dan pandangan baik kepada guru-guru yang berbincang pelbagai masalah dengan beliau.
Dari tahun 2013, beliau banyak membuat perubahan semasa termasuk terbinanya dua buah bangunan untuk tahun 5 dan 6. Selama 1-2 tahun, ramai yang menjalani PDPC menggunakan 'floating class'.
Walaubagaimanapun, kami terpaksa akur dengan pertukaran yang berlaku ini.
Semoga Guru Besar,Encik Bahari akan lebih cemerlang di sekolah barunya iaitu sekolah SK Tanjung Minyak.





Pn Sabarina bt Yaakop, Ketua Panatia Bahasa Inggeris yang sangat komited dengan tugasnya. Berpakaran tinggi dalam UPSR.
Seorang rakan juang yang baik.
Terasa kehilangannya dari hari pertama mengetahui beliau akan naik pangkat iaitu GPK KOKURIKULUM di SK Pantai Kundor.
Setelah 16 tahun berada di SK Kerubong, akhirnya beliau melangkah menuju kejayaan yang lebih tinggi.





Lensa kamera
GB

Penyampaian hadiah dan cenderahati kenang-kenangan





















Kenangan terakhir bersama MBK


Lambaian kenangan Guru Besar













Terima kasih Encik Bahari.




Lensa kamera
Pn Sabarina bt Yaakop



















Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG,Encik Ramli B Mat Sit kerana sudi menemankan kedua-dua guru yang akan berpindah dan sekali gus mengucapkan selamat datang kepada Guru Besar SK Kerubong yang baharu,En Hazman B Dolah.






No comments:

Post a Comment