PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Sunday, September 23, 2018

MAJLIS POHON RESTU MURID TAHUN 6/2018

Assalamualaikum
Salam Keredhaan

Alhamdulillah dapat juga SK Kerubong mengadakan sebuah majlis yang terakhir  khas bagi murid tahun 6, iaitu Majlis Pohon Restu antara murid dan semua guru khususnya guru-guru tahun 6.

Majlis dimulakan bacaan Yassin dan  surah Al-Kahfi pimpinan Ustaz Aizan Anuar B Saminan.

Doa yang dibaca itu sangat menyentuh perasaan setiap insan dalam majlis ini.

Tuan guru besar telah memberikan ucapan perangsang kepada murid-murid tahun 6.
Beliau mengingatkan agar murid bersedia dan yakin dengan perjuangan akhir mereka.

Majlis rasa berbangga dengan kehadiran Tuan Haji Ridwan b Abd Ghani dari Unit Pendidikan Islam. Beliau memberikan pesanan terakhir menghadapi peperiksaan sebenar UPSR dalam 3 hari lagi.

Majlis Pohon Restu di teruskan dengan bersalaman murid dan guru




























No comments:

Post a Comment