PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Monday, March 04, 2019

PELANCARAN PROGRAM NILAM & FROG VLE PERINGKAT SEKOLAH 2019

04/03/2019
Isnin
7.40 pagi

Tahniah kepada guru-guru pusat sumber sekolah dan pasukan VLE Frog SK Kerubong.



NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca adalah untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid demi mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya berilmu.

Frog VLE ialah projek yang dilaksanakan bersama 1BestariNet. Ia merupakan penyelesaian bersepadu yang membenarkan Persekitaran Pembelajaran Maya yang berasaskan "Cloud". Ia adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web .


Pn Syahirah bt adaud selaku penyelaras program NILAM sekolah.
Beliau menyampaikan amanat dan pesanan agar terlibat dengan aktif dalam membaca dan menggalakkan budaya membaca.


Taklimat program Vle Frog di sampaikan oleh Ustaz Aznol Shahril B Ludin selaku penyelaras program vle Frog sekolah. Beliau menjelaskan web untuk melayari vle frog dan boleh dilayari walau dimana-mana. Beliau menggalakkan agar semua murid mengambil bahagian dalam semua pertandingan yang diadakan sepanjang program dan tahun 2019.


Ucapan guru besar, En Hazman B Dolah menyampaikan ucapan dan amanat selaku guru besar SK Kerubong.
Beliau menyampaikan agar murid membudayakan membaca buku sehingga melayakkan diri sebagai murid mendapat anugerah NILAM.  Beliau juga mengingatkan agar murid menggunakan vle frog dan mencapai ranking atau kedudukan di VLE Frog Asia.

Ucapan perasmian NILAM dan VLE Frog oleh En Shahrul Azuar B Musahar, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Cheng.
Beliau menjelaskan peraturan NILAM terkini iaitu murid perlu membaca sekurang-kurangnya 3 buah buku Bahasa Melayu dan 3 Bahasa Inggeris.
Beliau menjelaskan terdapat  banyak bahan bacaan dikelilingi semua murid-murid.
Beliau menggalakkan murid menggunakan vle frog dengan meluas tetapi di jalan yang membawa kebaikan. Penggunaan 'smartphone' adalah meluas di era ini. Guru digalakkan memberi tugasan sekolah menggunakan vle Frog.



Pelancaran dan perasmian NILAM dan VLE Frog SK Kerubong.





Gimik pelancaran



Diselitkan juga anugerah Ikon murid dan guru bulan Februari 2019

Murid
1. Mohamad Suhaimi b Zamri
2. Muhammad Alif Hizri B muhd Yazid.



Guru.
1. Asmawi b Othman
2. Rozilah Bt Hashim




Penyampaian hadiah pembaca terbanyak. Tahniah dan semoga mendapat kebaikan dari membaca pelbagai jenis genre buku.










Penyampaian hadiah menggunakan Vle Frog terbanyak kategori murid dan guru.
Tahniah diucapkan


Penyampaian fail NILAM kepada guru kelas





Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pelancaran pada hari ini.




No comments:

Post a Comment