PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Friday, April 22, 2022

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Peringkat Sekolah


11 Februari (Selasa)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Syukur alhamdulillah. 
Puan Azlinah binti Haji Yang @ Hj Abu Sop, (UMMI) Guru  Besar SK Kerubong, Barisan Pentadbir, YDP PIBG , AJK PIBG  dan warga SK Kerubong mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua muridSK Kerubong yang telah menyertai  dengan jayanya. Sekalung perhargaan juga diberikan kepada semua dan murid tahun 1-6 yang memberi kerjasama yang baik sepanjang program membaca ini.

Seramai 1310 murid tahun 1- 6 telah menyertai program murni ini dan sangat memberikan komitmen dengan membaca buku pelbagai jenis sama ada fiksyen atau bukan fiksyen.

Sebagai langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan satu budaya membaca 
di kalangan murid dan guru. Sejajar dengan visi tersebut satu program ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ telah diadakan pada 11 Februari (Selasa) di SK Kerubong

Antara objektif program ini ialah murid dapat meningkatkan minat membaca untuk mencintai dan mendalami ilmu pengetahuan. Selain itu, program ini menggalakkan murid untuk membaca pelbagai bahan bacaan.

Adalah diharapkan program dan amalan murni ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ dapat diteruskan dan menjadi penanda aras murid proaktif dan berilmu.


Terima kasih🌹

#Sekolahkusejahtera
#SKKHebat,Hebat,Hebat















 

No comments:

Post a Comment