PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Monday, January 19, 2015

PROGRAM KOMUNITI ASEAN 2015

Assalamualaikum  dan Salam Asean

Gabungan panitia -panitia seperti Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panatia Sejarah, Panitia Kajian Tempatan & Sivik, Panitia Pendidikan Moral, Panitia TMK, Panitia Pendidikan Seni Visual/ Dunia Seni Visual serta Unit Bimbingan & Kaunseling telah melancarkan program ini dengan jayanya.

Pihak sekolah mengucapakn tahniah dan syabas kepada semua ahli-ahli panitia yang diatas terutamanya kepada Pn Azuasfar bt Salleh sebagai penyelaras program.

Program ini telah dilancarkan pada 19 Januari 2015.

Beberapa keping gambar menjelaskan perjalanan program ini.




JURU ACARA MAJLIS


PENYELERAS, PN AZUASFAR


PENYAMPAI NAMA BENDERA


PEMBAWA BENDERA ASEAN






GURU PERSEMBAHAN

UCAPAN PERASMIAN


PERASMIAN

BERSAMA PENYELARAS







PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SK KERUBONG 2015

Assalamualaikum . ..

Program Transisi bagi murid-murid tahun 1 telah diadakan sepanjang minggu pertama persekolahan.

Program ini adalah untuk menyediakan murid-murid tahun 1 bersedia dengan sistem persekolan yang formal dan bukan di alam tadika.

Pelbagai aktiviti-aktiviti telah diadakan untuk mendekatkan murid-murid ini dengan sistem persekolahan yang formal.

Antaranya:-










Wednesday, January 14, 2015

PENYAMPAIAN BANTUAN ONE OFF (RM100)

Assalamualaikum dan salam sejahtera....


Pihak sekolah telah menyampaikan Bantuan One Off kepada semua murid tahap 1 dan 2.

Tahap 1 telah diadakan pada 14 Januari manakala 15 Januari pula untuk tahap 2.

Ibubapa telah mula berkumpul disekolah mulai jam 12 tengahari.








Tahap dua








Monday, January 12, 2015

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN DI SK KERUBONG

Assalamualaikum  dan Salam Pertemuan....


Alhamdulillah . .. 12 Januari 2015 merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2015.


Seperti biasa, ramai ibubapa mengambil peluang menghantar anak-anak pada waktu pagi.





Murid-murid dibantu oleh guru bertugas dan pengawas sekolah untuk mencari tempat berkumpul yang betul di tapak perhimpunan.

Loceng telah dibunyikan pada 7.15 pagi.

Perhimpunan rasmi sekolah dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku,Lagu Negeri Melaka,Lagu sekolah dan Lagu Melaka Maju.





Ikrar rukunegara dan ikrar murid telah dilafazkan oleh pengawas sekolah yang telah dilantik.



Beberapa orang guru telah berucap untuk memberikan taklimat ringkas dan peringatan.
Antaranya ialah En Asmani. Beliau selaku ketua guru bertugas telah memberikan ucapan alu-aluan dan beberapa peringatan yang lain.



Cik Norafizah telah membacakan nama murid yang menerima RMT.



Pn. Siti Rafeah pula mengingatkan semua buku teks perlu dijaga dengan baik dan melengkapkan  nama di ruang yang disediakan.



Akhirnya, En Bahari B Abu Mansor selaku guru besar SK Kerubong telah memberikan ucapan aluan dan beberapa peringatan penting kepada seluruh warga SKK dan para ibubapa. Ibubapa digalakkan berurusan dipejabat daripada berjumpa dengan guru kelas secara langsung.



Akhirnya, semua murid masuk ke kelas seperti biasa untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran.

Beberapa gambar seterusnya sebagai kenangan...










Barisan pentadbir SKK

Pengenalan guru kelas