PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Friday, June 08, 2018

SAMBUTAN HARI GURU

16/5/2018
Rabu

Sambutan hari guru telah diadakan

Perhimpunan pagi

Ucapan aluan Guru Besar dan bacaan teks daripada pengarah kementerian pelajaran







Ucapan dan penyampaian Teks ucapan KPM







Ikrar








Nyanyian lagu guru malaysia




Persembahan murid



Persembahan istimewa dari Aizat




Cabutan bertuah














Bergambar


Diakhiri dengan pertandingan memasak oleh guru-guru











Tuesday, May 22, 2018

KEJOHANAN OLAHRAGA SK KERUBONG 2018

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



Tahniah diucapkan kepada semua guru dan staff SK Kerubong kerana telah berjaya mengadakan kejohanan olahraga SK Kerbong bagi tahun 2018.

Pertandingan saringan telah diadakan terlebih dahulu di kawasan lapang berhampiran sekolah

Pihak sekolah sekali lagi membawa murid ke Stadium Hang Jebat untuk menjalankan acara akhir dan kemuncak olahraga disana.

Perbarisan rumah sukan iaitu rumah sukan Syahbandar, Temenggung, Laksamana dan Bendahara telah berarak terlebih dahulu.

Mengetuai kontijen adalah adik Darwish Hanz B Ramli dari 6 Seroja. Pembawa logo kesukanan pula di bawa oleh 4 orang murid.

Guru-guru bertugas sebagai penyelia peserta, penyelia mula dan tamat larian dan banyak lagi.

Acara di gamatkan lagi dengan acara ibubapa dan acara guru. Permainan yang dipilih ialah menyambut belon berisi air.

Penyampaian hadiah telah dibuat selang seli.  Pada akhir kejohanan, olahragawan dan olahragawati telah dipilih.
Olahragawan:
Olahragawati:

Tamatlah sudah kejohanan olahraga ẞK Kerubong bagi tahun 2018. Tahniah sekali lagi kepada setiap individu yang terlibat dalam kejohanan ini.

LENSA KAMERA







Johan keseluruhan
RUMAH SYAHBANDAR



OLAHRAGAWAN


OLAHRAGAWATI








HADIAH ACARA IBUBAPA






Tuesday, April 24, 2018

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2018

Assalamualaikum
Salam 1 Malaysia


Tahniah diucapakan kepada Pn Syahirah Bt Daud sebagai guru perpustakaan SK Kerubong telah berjaya melaksanakan bacaa selama 10 minit secara serentak selutuh negara.

Semua murid, guru dan staff telah membaca bahan bacaan tertentu untuk 10 minit.

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2018

Tahukah anda bahawa tarikh 23 April setiap tahun merupakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia (World Book and Copyright Day)?
Bersempena dengan sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia ini, pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bersama dengan Perbadanan Perpustakaan Negeri bekerjasama menganjurkan aktiviti “Jom baca bersama untuk sepuluh minit” pada hari Selasa, 25 April 2018. 
Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM) Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.
Jom Baca Bersama untuk 10 Minit berjalan serentak di 14 negeri dengan menyasarkan lebih daripada 2.6 juta penyertaan daripada pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat.
Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan membaca apa sahaja bentuk bahan bacaan yang digemari. 
Konsep program ini diilhamkan daripada sambutan Earth Hour di mana semua peserta tanpa mengira apa jua aktiviti yang sedang dilakukan akan bersama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.
Tujuannya untuk mendorong rakyat membaca, bermula dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.
Moga pelaksanaan program ini dapat memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia khasnya murid SK Kerubong


LENSA KAMERA