Pada 28 Januari 2013, bertempat di Kantin SK Kerubong, telah diadakan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan. Majlis penyampaian bantuan awal persekolahan (RM100) peringkat SK Kerubong telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tangga Batu, YB. Dato' Wira Ir Haji Idris Bin Haron dan turut dihadiri oleh wakil JPN Melaka, Pn Tan Swee Hong. Majlis bermula pada jam 12.00 Tengahari.
Tuesday, January 29, 2013
Monday, January 28, 2013
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2012
Hari Anugerah Kecemerlangan Sk Kerubong bagi tahun 2012 telah berlangsung pada:
Hari : Khamis
Tarikh : 8 November 2012
Tempat : Dewan Sk Kerubong
Perasmi : En. Asmadi Bin Wahid, Pengarah Eksekutif Jati Beringin Sdn. Bhd.
Hari : Khamis
Tarikh : 8 November 2012
Tempat : Dewan Sk Kerubong
Perasmi : En. Asmadi Bin Wahid, Pengarah Eksekutif Jati Beringin Sdn. Bhd.
Majlis itu
bermula seawal 8.00 pagi dengan kehadiran para tetamu jemputan dan pergerakan
masuk murid-murid ke dalam dewan. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk
memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akedamik dan
kokurikulum. Penganugerahan ini juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada
murid-murid supaya terus cemerlang dalam bidang akademik dan sukan.
Beberapa persembahan oleh murid turut
dipersembahkan kepada para tetamu. Antara persembahan yang menarik adalah
persembahan nasyid di bawah bimbingan Ustaz Rohezam Mokhtar, tarian murid
prasekolah dibawah bimbingan Cik Azlinda Bt Rahmat dan tarian murid tahun satu
yang berkonsep ‘Bollywood’ dibawah bimbingan Pn Suhaili Bt Kassim. Para tetamu
terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan.Acara kemuncak ialah upacara
penyampaian hadiah kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik
berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang aktif dan
cemerlang dalam bidang kokurikulum turut menerima hadiah. Majlis ini berlangsung
dengan lancar dan meriah sekali dengan menggunakan format baru pengacaraan pada
tahun ini yang mana tiga orang pengacara digunakan. Juruacara pada tahun ini
adalah En. Mohd. Hisham Bin Salleh yang menggunakan Bahasa melayu, Pn. Jamilah
Bt Mohamad menggunakan Bahasa Inggeris dan Pn. Nor Faizah Bt Sarani yang
menggunakan Bahasa Arab. Para tetamu jemputan dijemput menikmati juadah sejurus
majlis ini berakhir. Diharapkan agar majlis seperti ini menjadi pendorong pada
murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.
Friday, April 22, 2011
Kejohanan Bola Baling Sekolah Rendah Kawasan Tanjong 2011
Tarikh : 20 & 21 April 2011
Hari : Rabu & Khamis
Masa : 8.30 pagi – 5.00 ptg
Tempat : Padang SMK Tun Haji Abdul Malek
Perasmian Penutupan Oleh;
TUAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN YUNUS
Pegawai Sukan Cemerlang PPD Melaka Tengah, Melaka.
KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN
KATEGORI LELAKI (L12)
KATEGORI PEREMPUAN (P12)
Tuesday, April 12, 2011
Wednesday, March 23, 2011
Kejohanan Bola Baling Sekolah Rendah Kawasan Tanjong 2011
Sekolah Kebangsaan Kerubong telah dilantik sebagai Pengelola Kejohanan Bola Baling Sekolah Rendah Kawasan Tanjong 2011. Ketetapan pertandingan adalah seperti berikut:
Tarikh : 20 & 21 April 2011
Tempat : Padang SMK Tun Haji Abdul Malik (STHAM)
Mesyuarat pengurus pasukan sekolah rendah kawasan Tanjong telah diadakan di SK Kerubong pada 22 Mac 2011 dan pengundian bagi pasukan Lelaki dan Perempuan Bawah 12 tahun telah dilakukan.
Berikut adalah keputusan undian yang telah dijalankan.
Tarikh : 20 & 21 April 2011
Tempat : Padang SMK Tun Haji Abdul Malik (STHAM)
Mesyuarat pengurus pasukan sekolah rendah kawasan Tanjong telah diadakan di SK Kerubong pada 22 Mac 2011 dan pengundian bagi pasukan Lelaki dan Perempuan Bawah 12 tahun telah dilakukan.
Berikut adalah keputusan undian yang telah dijalankan.
Tuesday, March 22, 2011
Kejohanan Merentas Desa SK Kerubong 2011
Pada 8 Mac yang lalu, semua murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Kerubong telah menyertai Kejohanan Merentas Desa antara Rumah Sukan SK Kerubong 2011. Kejohanan bermula dari jam 4.00 hingga 6.00 petang. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh GPK dan Guru Besar pada petang itu juga.
Tuesday, March 01, 2011
Kejohanan Bola Sepak Kawasan Tanjong 2011
![]() |
| Pasukan Bola Sepak SK Kerubong |
Keputusan Peringkat awal.
Sk. Kerubong ( 2 ) Vs Sk Paya Rumput ( 1 )
Sk. Kerubong ( 3 ) Vs Sk Gerak Khas ( 1 )
Sk. Kerubong ( 4 ) Vs Sk Pantai Kundor ( 2 )
Keputusan Peringkat Suku Akhir.
Sk. Kerubong ( 1 ) Vs Sk Tangga Batu ( 0 )
Keputusan Peringkat Separuh Akhir.
Sk. Kerubong ( 1 ) Vs Sk Lereh ( 1 )
* Sk Lereh layak ke peringkat akhir melalui penentuan
sepakan penalti dengan keputusan (4 - 3)
Perlawanan tempat ke-3/ke-4
Sk. Kerubong ( 0 ) Vs SK Bkt Rambai ( 2 )
Perlawanan Akhir
Sk. Paya Rumput ( 0 ) Vs SK Lereh ( 0 )
*SK Paya Rumput telah memenangi pertandingan melalui sepakan penalti (4-2)
KEPUTUSAN KESELURUHAN
- SK PAYA RUMPUT
- SK LEREH
- SK BUKIT RAMBAI
- SK KERUBONG
![]() |
| TAHNIAH KEPADA SELURUH PASUKAN BOLA SEPAK SK KERUBONG |
Monday, February 28, 2011
Majlis Pelantikan Pengawas 2011
Majlis Pelantikan pengawas-pengawas sekolah tahun 2011
dirasmikan oleh SM Moideen bin Kunju Ahmad
Ketua Balai
Balai Polis Tanjung Minyak, Melaka
pada 14 Februari 2011
Ketua Balai
Balai Polis Tanjung Minyak, Melaka
pada 14 Februari 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)


















