PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Friday, November 07, 2014

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (5-7 OKTOBER 2014)

Assalamualaikum  dan salam sejahtera....

SK Kerubong berjaya melaksanakan program Kem Membaca 1 Malaysia dari 5 hingga 7 Oktober 2014.

Unit Pusat Sumber Sekolah telah merancangkan pelbagai aktiviti dan memfokuskan kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Beberapa aktiviti telah dirancangkan iaitu;

Pelancaran dan perasmian program oleh Tuan Guru Besar, En Bahari b Abu Mansor.



Persembahan murid-murid terpilih membuat persembahan seloka.


Murid mengambil kesempatan membaca buku sementara menunggu program bermula.


Perasmian oleh En Bahari B Abu Mansor selaku Guru Besar SKK.


Persembahan seterusnya..

Akhirnya, pada 7 November 2014 telah diadakan majlis penutupan program  Kem Membaca 1 Malaysia dengan pemberian hadiah kepada setiap pemenang.

Antara pertandingan yang telah diadakan adalah:
1. Mewarna
2. Story telling
3. Bercerita
4. Spelling
5.Kuiz spontan
6. Pertandingan Rekabentuk Penanda Buku
7. Melukis poster
8. Pertandingan melukis kulit buku

Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Sebagai majlis penutupan, 2 orang murid telah menyampaikan 'story telling'


Story Telling

Story Telling




Teacher Maisarah








Wednesday, November 05, 2014

PELANCARAN HARI GURU PENYAYANG & HARI KANAK-KANAK 2014

5 November 2014

Assalamualaikum   dan salam sayang...

SK Kerubong telah berjaya melancarkan Program Guru Penyayang dan Hari Kanak-Kanak 2014.  Alhamdulillah . ...

Program ini telah dirancang dengan rapi oleh pasukan unit kaunseling dan juga pasukan penyelaras Hari Kanak-Kanak.

SK Kerubong sangat bertuah dengan hadirnya YB Hj Sazali B Muhd Din, wakil rakyat kawasan setempat.
Kehadiran beliau telah sedikit sebanyak telah menyuntik semangat anak-anak SK Kerubong dan sekaligus semangat berpasukan guru-guru dalam menjayakan program ini.
Terima kasih diucapkan.

Pengisian aktiviti-aktivitinya adalah seperti berikut:

*Ucapan aluan Guru Besar, En.Bahari B Abu Mansor.

*Persembahan nyanyian dari murid  SKK.

* Ucapan perasmian dan majlis pelancaran program oleh YB dengan memotong riben sebagai tanda rasminya program ini.





* Mengenalpasti murid yang menyambut hari kelahirannya pada 5 Oktober dan meraikan kelahiran mereka bersama-sama YB dan guru-guru serta murid-murid SKK.

*Memotong persiapan pulut kuning oleh murid yang diraikan bersama-sama YB dan GB.







YB juga telah sudi menyampaikan cenderahati yang disediakan oleh Unit Kaunseling kepada wakil murid.






Akhirnya, sebagai tanda kenangan, Tuan Guru Besar telah menyampaikan sedikit cenderahati tanda penghargaan kepada YB Hj Sazali B Muhd Din.


*Pemberian aiskrim kepada semua murid SKK.


Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya YB Hj Sazali B Muhd Din, Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan, guru-guru dan setiap individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung....



17.50pm
TC.A

Thursday, October 16, 2014

HARI KANTIN SKK

Tarikh: 16 Oktober 2014

TAHNIAH diucapkan kepada GPK KOKU, En Roslan b Abu Bakar
Penyelaras Hari Kantin, Pn Marina Ramlee,
Setiausaha Hari Kantin, Pn Wan Nor Dalila
Ketua - ketua kumpulan
dan
semua guru-guru yang telah menjalankan Hari Kantin SKK dengan baik.
















Petikan suara ketakutan.....rumah hannntttuuuu👻👻👻


Pelbagai gerai makanan dan minuman telah dibuka sepanjang masa jualan.

Beberapa Booth pameran dari syarikat TM, Polis dan lain-lain.

Murid-murid sangat teruja untuk memasuki rumah hantu dan panggung wayang.Mereka juga beratur panjang untuk mencuba permainan realiti dan menangkap ikan.

TAHNIAH kepada semua guru dalam menjayakan program ini.

Thursday, October 02, 2014

LATIHAN KEBAKARAN

Tarikh: 02 Oktober 2014

Jawatankuasa Kebakaran SK Kerubong telah melaksanakan latihan kebakaran kali ke2 untuk tahun 2014.

Pn Salbiah mengucapkan tahniah kepada semua warga SKK diatas kejayaan berkumpul dibawah 3 minit.

Beberapa peringatan penambahbaikan juga diberi semasa latihan ini.

Tahniah diucapkan kepada semua warga SKK.








021014
09:30