PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Wednesday, November 05, 2014

PELANCARAN HARI GURU PENYAYANG & HARI KANAK-KANAK 2014

5 November 2014

Assalamualaikum   dan salam sayang...

SK Kerubong telah berjaya melancarkan Program Guru Penyayang dan Hari Kanak-Kanak 2014.  Alhamdulillah . ...

Program ini telah dirancang dengan rapi oleh pasukan unit kaunseling dan juga pasukan penyelaras Hari Kanak-Kanak.

SK Kerubong sangat bertuah dengan hadirnya YB Hj Sazali B Muhd Din, wakil rakyat kawasan setempat.
Kehadiran beliau telah sedikit sebanyak telah menyuntik semangat anak-anak SK Kerubong dan sekaligus semangat berpasukan guru-guru dalam menjayakan program ini.
Terima kasih diucapkan.

Pengisian aktiviti-aktivitinya adalah seperti berikut:

*Ucapan aluan Guru Besar, En.Bahari B Abu Mansor.

*Persembahan nyanyian dari murid  SKK.

* Ucapan perasmian dan majlis pelancaran program oleh YB dengan memotong riben sebagai tanda rasminya program ini.





* Mengenalpasti murid yang menyambut hari kelahirannya pada 5 Oktober dan meraikan kelahiran mereka bersama-sama YB dan guru-guru serta murid-murid SKK.

*Memotong persiapan pulut kuning oleh murid yang diraikan bersama-sama YB dan GB.







YB juga telah sudi menyampaikan cenderahati yang disediakan oleh Unit Kaunseling kepada wakil murid.






Akhirnya, sebagai tanda kenangan, Tuan Guru Besar telah menyampaikan sedikit cenderahati tanda penghargaan kepada YB Hj Sazali B Muhd Din.


*Pemberian aiskrim kepada semua murid SKK.


Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya YB Hj Sazali B Muhd Din, Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan, guru-guru dan setiap individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung....



17.50pm
TC.A

No comments:

Post a Comment