PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Saturday, November 15, 2014

SELANGKAH KEHADAPAN:PERANCANGAN PROGRAM UPSR 2015

13 November 2014
Assalamualaikum  dan salam 1 Malaysia...


Unit Kecemerlangan UPSR, Unit Bimbingan & Kaunseling serta guru-guru tahun 6 tahun 2015 telah melangkah satu langkah kehadapan demi murid-murid tahun 5 2014.



 Langkah ini adalah untuk memastikan perjalanan mereka akan menjadi perjalanan yang terancang dengan baik demi untuk peperiksaan UPSR 2015

Seramai 73 orang ibu atau bapa telah hadir tanda menyokong dan mengambil berat terhadap anak-anak mereka yang akan menduduki peperiksaan  UPSR pada tahun 2015. TAHNIAH daripada pihak sekolah.






Pn Seri selaku guru bimbingan dan kaunseling telah memberikan slot kaunseling kepada para ibubapa.



En.Norhisham Taib pula telah memberikan penerangan tentang program-program yang telah dirancangkan untuk murid-murid UPSR 2015.


Guru-guru kelas tahun 5 2014 telah menerangkan serba sedikit analisa peperiksaan akhir tahun dan bagaimana membantu anak-anak dalam menghadapi peperiksaan UPSR tahun 2015.





Terima kasih diucapkan kepada pasukan kecemerlangan dan juga ibubapa murid-murid ini. Semoga semua perancangan  ini akan membawa kepada kejayaan.  InsyaAllah....

Saturday, November 08, 2014

PENGURUSAN JENAZAH & PENYEMBELIHAN HAIWAN

8 Nov 2014
Assalamualaikum . ..

Alhamdulillah . .. akhirnya guru-guru dapat juga menjayakan LADAP terakhir iaitu Pengurusan Jenazah.

Menurut hukum syarak,apabila seseorang Islam itu meninggal dunia, wajib ia dimandikan dan dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan.  Kewajipan ini adalah FARDU KIFAYAH.

Penceramah program ini ialah Ustazah Hajah Rusnah bt Hj Ahmad dari Jaim.



Kumpulan sasarannya adalah guru dan murid-murid tahun 6.

Beliau telah memberikan penerangan secukupnya melalui pembentangan slide-slide dan membuat praktikal di hujung seisi.











Selain itu, Al fadhil Ustaz Kamarulnizam telah menerangkan beberapa isi penting dalam menyembelih binatang.
Manakala Al fadhil Ustaz Aizan Anuar B Saminan telah menunjukkan cara-cara penyembelihan yang mengikut hukum syarak yang betul.




SK Kerubong mengucapkan ribuan terima kasih diatas penyampaian tersebut.  Semoga semua murid dan guru-guru akan dapat mempraktikkan ilmu ini pada masa hadapan dan menjalankan fardu kifayah ini dengan baik....
aminnnnn....


1520

Friday, November 07, 2014

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (5-7 OKTOBER 2014)

Assalamualaikum  dan salam sejahtera....

SK Kerubong berjaya melaksanakan program Kem Membaca 1 Malaysia dari 5 hingga 7 Oktober 2014.

Unit Pusat Sumber Sekolah telah merancangkan pelbagai aktiviti dan memfokuskan kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Beberapa aktiviti telah dirancangkan iaitu;

Pelancaran dan perasmian program oleh Tuan Guru Besar, En Bahari b Abu Mansor.



Persembahan murid-murid terpilih membuat persembahan seloka.


Murid mengambil kesempatan membaca buku sementara menunggu program bermula.


Perasmian oleh En Bahari B Abu Mansor selaku Guru Besar SKK.


Persembahan seterusnya..

Akhirnya, pada 7 November 2014 telah diadakan majlis penutupan program  Kem Membaca 1 Malaysia dengan pemberian hadiah kepada setiap pemenang.

Antara pertandingan yang telah diadakan adalah:
1. Mewarna
2. Story telling
3. Bercerita
4. Spelling
5.Kuiz spontan
6. Pertandingan Rekabentuk Penanda Buku
7. Melukis poster
8. Pertandingan melukis kulit buku

Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Sebagai majlis penutupan, 2 orang murid telah menyampaikan 'story telling'


Story Telling

Story Telling




Teacher Maisarah








Wednesday, November 05, 2014

PELANCARAN HARI GURU PENYAYANG & HARI KANAK-KANAK 2014

5 November 2014

Assalamualaikum   dan salam sayang...

SK Kerubong telah berjaya melancarkan Program Guru Penyayang dan Hari Kanak-Kanak 2014.  Alhamdulillah . ...

Program ini telah dirancang dengan rapi oleh pasukan unit kaunseling dan juga pasukan penyelaras Hari Kanak-Kanak.

SK Kerubong sangat bertuah dengan hadirnya YB Hj Sazali B Muhd Din, wakil rakyat kawasan setempat.
Kehadiran beliau telah sedikit sebanyak telah menyuntik semangat anak-anak SK Kerubong dan sekaligus semangat berpasukan guru-guru dalam menjayakan program ini.
Terima kasih diucapkan.

Pengisian aktiviti-aktivitinya adalah seperti berikut:

*Ucapan aluan Guru Besar, En.Bahari B Abu Mansor.

*Persembahan nyanyian dari murid  SKK.

* Ucapan perasmian dan majlis pelancaran program oleh YB dengan memotong riben sebagai tanda rasminya program ini.





* Mengenalpasti murid yang menyambut hari kelahirannya pada 5 Oktober dan meraikan kelahiran mereka bersama-sama YB dan guru-guru serta murid-murid SKK.

*Memotong persiapan pulut kuning oleh murid yang diraikan bersama-sama YB dan GB.







YB juga telah sudi menyampaikan cenderahati yang disediakan oleh Unit Kaunseling kepada wakil murid.






Akhirnya, sebagai tanda kenangan, Tuan Guru Besar telah menyampaikan sedikit cenderahati tanda penghargaan kepada YB Hj Sazali B Muhd Din.


*Pemberian aiskrim kepada semua murid SKK.


Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya YB Hj Sazali B Muhd Din, Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan, guru-guru dan setiap individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung....



17.50pm
TC.A