PESANAN SKK

# LINTASAN PESANANSKK HEBAT! HEBAT! HEBAT!. SILA JAGA SOP TERKINI UNTUK MEMASTIKAN SK KERUBONG TIDAK DIJANGKITI COVID19

Saturday, November 15, 2014

SELANGKAH KEHADAPAN:PERANCANGAN PROGRAM UPSR 2015

13 November 2014
Assalamualaikum  dan salam 1 Malaysia...


Unit Kecemerlangan UPSR, Unit Bimbingan & Kaunseling serta guru-guru tahun 6 tahun 2015 telah melangkah satu langkah kehadapan demi murid-murid tahun 5 2014.



 Langkah ini adalah untuk memastikan perjalanan mereka akan menjadi perjalanan yang terancang dengan baik demi untuk peperiksaan UPSR 2015

Seramai 73 orang ibu atau bapa telah hadir tanda menyokong dan mengambil berat terhadap anak-anak mereka yang akan menduduki peperiksaan  UPSR pada tahun 2015. TAHNIAH daripada pihak sekolah.






Pn Seri selaku guru bimbingan dan kaunseling telah memberikan slot kaunseling kepada para ibubapa.



En.Norhisham Taib pula telah memberikan penerangan tentang program-program yang telah dirancangkan untuk murid-murid UPSR 2015.


Guru-guru kelas tahun 5 2014 telah menerangkan serba sedikit analisa peperiksaan akhir tahun dan bagaimana membantu anak-anak dalam menghadapi peperiksaan UPSR tahun 2015.





Terima kasih diucapkan kepada pasukan kecemerlangan dan juga ibubapa murid-murid ini. Semoga semua perancangan  ini akan membawa kepada kejayaan.  InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment